Ahli parlimen tangani isu kanak-kanak bantut

 

Oleh Intan Lestari |

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-Kanak Parlimen Malaysia.

Jawatankuasa itu mengadakan perbincangan di Bilik Jawatankuasa 2, Blok Utama Parlimen, baru-baru ini, dengan tumpuan isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Siti Zailah berkata, taklimat pertama disampaikan wakil United Nations Children’s Fund (UNICEF) yang membentangkan analisis berkaitan kanak-kanak rentan, jurang intervensi sedia ada serta amalan terbaik di peringkat global.

Kata beliau perbincangan terbabit dalam usaha menangani isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

“Sesi taklimat kedua pula disampaikan Nutrition Society of Malaysia yang menekankan aspek pendidikan pemakanan serta langkah-langkah pencegahan isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia,” katanya di sini semalam.

Turut hadir ahli parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi, ahli parlimen Kapar Dr Halimah Ali, ahli parlimen Kangar Zakrie Hassan dan ahli-ahli parlimen kerajaan.

Siti Zailah juga berkata, perbincangan itu bertujuan memperkukuh kefahaman ahli jawatankuasa terhadap cabaran semasa serta membantu merangka cadangan dasar yang lebih menyeluruh.

Katanya ia diadakan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak di negara ini.

 

Post a Comment

0 Comments