Gabenor Sumatera Barat selami era pentadbiran Tok Guru

 
KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar berkongsi pengalaman ketika berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menerajui Kelantan dengan Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah.

Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, legasi kepimpinan berteraskan Islam terus dipelihara dan diperkukuhkan kepimpinan kerajaan negeri sekarang.

“Ia selari dengan prinsip Membangun Bersama Islam bagi memastikan kesinambungan dasar dan pembangunan negeri,” katanya ketika menerima kunjungan Gabenor Sumatera Barat yang melawat Kelantan hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan di Pejabat Penasihat Khas Institut Pemikiran Tok Guru Bentara Setia (IPTG) di Kota Darulnaim.

Hadir sama Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Yunus dan Pegawai Khas Menteri Besar Datuk Abdullah Yakob.

Ustaz Ahmad yang juga Penasihat IPTG berkata, perkongsian dengan rombongan dari Sumatera Barta turut menyentuh pendekatan kepimpinan berteraskan nilai Islam, pentadbiran berintegriti serta program kebajikan rakyat.

Pada kunjungan terbabit Mahyeldi meninjau ruang pameran berkaitan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai murabi ummah.

Mahyeldi turut menyatakan perasaan gembira dan teruja kerana dapat berkunjung ke Negeri Serambi Mekah bagi merapatkan lagi hubungan persaudaraan antara wilayah serumpun.

 

 

 

Post a Comment

0 Comments