Institusi agama instrumen kesejahteraan rakyat

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kelantan memiliki keunikan alam semula jadi, warisan budaya dan gastronomi yang mampu menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bertitah kerajaan negeri hendaklah terus mempergiat usaha menaik taraf kemudahan pelancongan.

Selain itu memperluaskan promosi selaras dengan program Tahun Melawat Malaysia 2026.

Baginda turut menegaskan sistem pendidikan yang holistik dan seimbang perlu terus diperkasakan merangkumi pendidikan arus perdana, agama serta kemahiran.

“Hal ini penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti serta kukuh pegangan rohani dan nilai akhlaknya,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Baginda juga menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat Kelantan.

Titah baginda kerajaan negeri perlu mewujudkan platform sokongan psikologi, sosial, kerohanian serta persekitaran yang kondusif termasuk penyediaan taman rekreasi dan kemudahan sukan.

Baginda juga bertitah kepentingan meningkatkan capaian pusat kaunseling komuniti serta memperkasa institusi agama sebagai instrumen kesejahteraan rakyat.

“Langkah tersebut penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara secara menyeluruh,” titah baginda.

Post a Comment

0 Comments