MB rai jemaah haji Kelantan

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Seramai 2,596 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan ibadat haji tahun ini. Rombongan pertama bertolak malam tadi.

Menteri Besar (MB), Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud turut meraikan bakal jemaah di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dekat sini.

Turut hadir mengucap selamat jalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; anggota Exco Kerajaan Negeri Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan pegawai kanan Tabung Haji.

“Kesihatan perlu diberi perhatian agar segala perjalanan menunaikan ibadat haji dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kita berharap semua jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat serta memanfaatkan peluang berada di tanah suci sebaiknya,” katanya pada program tersebut.

Menurutnya juga Tabung Haji membuat persiapan rapi bagi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara.

Katanya, perkhidmatan yang disediakan meliputi aspek keselamatan, kesihatan serta kaunseling termasuk bimbingan berkaitan ibadah.

“Prestasi Tabung Haji yang mendapat pengiktirafan cemerlang memberi keyakinan dan kelegaan kepada semua jemaah haji Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Kelantan, saya merakamkan penghargaan atas kecemerlangan ini,” ujarnya.


 

Post a Comment

0 Comments