BANGKOK: Biarpun jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Laos melalui Bangkok lebih 2,000 kilometer, namun ia tidak menghalang sekumpulan rakyat Malaysia menjelajah dengan motosikal.
Mereka yang terdiri daripada lelaki berusia antara 18 hingga 61 tahun memulakan perjalanan Selasa lepas, hari ini tiba di Bangkok selepas bermalam di perjalanan malam tadi.
Mereka ditemui ketika singgah menunggu solat Zohor di musala di sebuah stesen minyak di Chaam, tiidak jauh dari Bangkok.
Kumpulan terbabit seramai 11 orang termasuk dua perempuan yang juga isteri peserta lelaki. Mereka berasal dari Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang meneruskan kembara dalam tempoh 12 hari.
Kata seorang peserta berkata, mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu pertama ketika memulakan misi kembara di sempadan Thailand di Sadao.
"Kami mendapat maklumat mengenai misi kembara ini di media sosial salah seorang peserta yang menawarkan pakej kembara ke Laos dan sempadan China.
"Ketika berkumpul memasuki sempadan Bukit Kayu Hitam, Thailand barulah kami mengenali antara satu sama lain. Sedangkan sebelum ini tidak pernah mengenali antara kami," katanya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor.Menurutnya juga setiap peserta dikenakan bayaran RM3,500 untuk kos makan dan penginapan sepanjang kembara berlangsung. Manakala kos minyak motosikal ditanggung setiap peserta.
Kata beliau juga malam ini mereka akan bermalam di utara Bangkok sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Thailand-Loas.
Beliau yang bersara tahun lepas daripada berkhidmat di sektor perkilangan memberitahu pertama menyertai kembara ke sempadan Laos dengan menunggang motosikal."Apabila sudah tidak lagi bekerja, saya mengisi masa lapang dengan menjelajah ke tempat yang belum lagi dikunjungi bersama-sama rakan-rakan. Saya datang dari Johor bersama seorang peserta berusia 18 tahun," ujarnya.





0 Comments