KOTA BHARU: Tetamu
yang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berpeluang
menikmati hidangan istimewa daging gulai rusa atau bakar.
Selain itu turut disediakan gulai kawah, sup kawah serta pelbagai lauk-pauk serta aneka kuih muih.
Dato' Dr Ahmad Marzuk Shaary berkata, rusa tersebut dipelihara sendiri dan setiap tahun dijadikan antara menu utama jamuan Aidilfitri.
Katanya, majlis rumah terbuka yang dianjurkan hanya secara sederhana. Setiap tahun program rumah terbuka menjadi acara tetap.
“Penganjuran rumah terbuka menjadi peluang terbaik untuk bertemu dengan rakyat sempena sambutan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada program tersebut baru-baru ini.
Beliau juga berharap orang ramai mengurangkan aktiviti luar rumah memandangkan keadaan cuaca panas dan kering melanda Kelantan sekarang.
Menurutnya situasi tersebut boleh meningkatkan risiko kebakaran khususnya di kawasan hutan dan persekitaran yang mudah terdedah kepada cuaca panas.
Kata beliau berdasar ramalan meteorologi, peralihan monsun dijangka berlaku sekitar penghujung Mac hingga awal April yang berpotensi membawa hujan lebat.
“Kerana itu kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah agar negeri kita bebas dari cuaca panas dan kering melampau.
“Saya juga menyambut baik solat sunat istisqa’ yang dianjurkan beberapa pihak termasuk Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan penduduk kampung.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah, wakil-wakil rakyat, penghulu dan selebriti Mustafa Kamal dan isteri.



0 Comments