Kedudukan Timbalan Speaker bergantung keputusan kerajaan

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan setakat ini belum lagi menerima sebarang maklumat rasmi berhubung pemecatan Timbalan Speaker Dato' Muhamad Farid Mohd Zawawi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Speaker Dun Kelantan, Dato' Sri Amar D'Raja Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang tindakan berkaitan kedudukan Timbalan Speaker bergantung kepada keputusan kerajaan negeri.

Menurutnya, sehingga kini Pejabat Speaker belum menerima surat rasmi berkaitan perkara tersebut.

“Kedudukan sebagai Timbalan Speaker yang Adun Kok Lanas bergantung kepada keputusan kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Dato' Mohd Radzi Manan, memaklumkanTimbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dipecat keahlian Bersatu.

Manakala Adun Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar pula digantung keahlian parti selama dua penggal pemilihan.

Mohd Amar berkata, berdasarkan prosedur yang sepatutnya, sebarang keputusan melibatkan pemecatan keahlian parti perlu dimaklumkan secara rasmi kepada parti dan kerajaan terlebih dahulu.

Katanya, sehingga sekarang kedudukan jawatan Timbalan Speaker masih belum diputuskan secara muktamad.


Post a Comment

0 Comments