TANAH MERAH: Kira-kira empat tahun lalu pelancaran Perikatan Nasional (PN) peringkat negeri Kelantan yang diadakan di sini mendapat sambutan luar biasa, orang ramai memenuhi segenap ruang padang Majlis Daerah Tanah Merah.
Dan esok Tanah Merah sekali lagi akan menjadi lokasi perhimpunan pembangkang, yang dikenali Konvenyen Reset Malaysia melibatkan kehadiran pemimpin PN termasuk bekas pimpinan Bersatu.
Gerakan Reset berkata, setiap negara akan sampai ke satu titik di mana rakyat perlu memilih untuk terus berpecah, atau kembali semula kepada titik asas (Reset).
Katanya Reset bermula dengan keyakinan bahawa negara tercinta ini mempunyai masa hadapan yang cerah dan mampu untuk bangkit.
"Daripada keyakinan itulah lahir keberanian untuk bertindak membetulkan kesilapan, kebijaksanaan untuk memperkukuh kekuatan, dan kesediaan untuk membina negara bangsa yang lebih baik.
"Atas semangat itu, kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghadiri konvensyen Reset," katanya pada kenyataan di laman sosial.
Menurutnya juga orang ramai yang hadir dapat mendengar idea, berkongsi pandangan dan menyumbang kepada usaha membina konsensus nasional yang baharu demi masa hadapan Malaysia lebih baik
Perhimpunan tersebut akan diadakan di tapak ekspo Bandar Baharu Kota Harmoni, Tanah Merah bermula jam 12 tengah hari.
Manakala berdasar poster yang diviral di media sosial, konvensyen tersebut akan dirasmikan ahli parlimen Marang Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Parlimen Tanah Merah diwakili Dato Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz sejak pilihan raya umum 2018. Bagaimana beliau dipecat daripada Bersatu bersama sebahagian besar ahli parlimen parti terbabit.

0 Comments