TANAH MERAH: Bandar Kota Harmoni dekat sini mulai sendat dengan kehadiran orang ramai termasuk dari luar Kelantan bagi mengikuti Konvensyen Reset Malaysia petang ini.
Deretan orang ramai yang memakai pakaian putih mulai memenuhi tapak ekspo Kota Harmoni termasuk masyarakat bukan Melayu. Disediakan kaunter pendaftaran untuk membolehkan peserta mendapat nombor cabutan bertuah.
Selain itu peserta yang berdaftar juga diberi kipas tangan. Jamuan rakyat turut disediakan yang menyaksikan barisan panjang di khemah tempat jamuan disediakan.Gerakan Reset Malaysia mencatat sejarah sebagai menggambarkan landskap baharu politik negara ini, dengan mengumpulkan parti-parti Melayu dan masyarakat bukan Melayu.
Gerekan Reset bukan parti politik sebaliknya ia sebagai platform baharu terutamanya mengumpul bekas-bekas pemimpin Bersatu yang disingkirkan daripada parti itu.Himpunan akan bermula jam 2 petang dijangka dirasmikan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Reset Malaysia diketuai bekas Timbalan Presiden Bersatu Dato Seri Hamzah Zainuddin.
Kehadiran puluhan ribu pendukung Reset akan memberi wajah baharu kepada gerakan pembangkang selepas PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu, Isnin lepas.




0 Comments