SEREMBAN: Sehingga sekarang kerajaan Kelantan melaksanakan lebih 20 program berkebajikan bagi kesejahteraan rakyat negeri itu.
Antaranya Skim Al Itaam memberi bantuan 10.8 kg beras percuma dan barangan asas lain setiap bulan kepada 300 penduduk miskin di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sehingga Disember 2022 sebanyak RM50.8 juta dibelanjakan kerajaan Kelantan bagi menjayakan program tersebut yang dilaksana bermula tahun 2011.
Selain itu, Skim Gerbang Az Ziwaaj iaitu sumbangan RM1,000 kepada pasangan pengantin baharu yang berpendapatan rendah.
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan Kelantan juga memperkenalkan Khairat Kifaalah kepada warga emas berusia 55 tahun dan ke atas.
Katanya, apabila mereka meninggal dunia kerajaan negeri akan bagi saguhati sebanyak RM1,000 kepada keluarga warga emas terbabit.
“Kebiasaannya orang kampung apabila menziarahi kematian hanya bagi RM10 tetapi kerajaan negeri bagi sumbangan RM1,000 kepada keluarga berkenaan,” katanya program Podcast Bughak Paroi yang disiarkan secara atas talian hari ini.
Menurutnya juga anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah yang hendak berkahwin kerajaan negeri memberi saguhati sebanyak RM1,000 bagi membantu mereka mengurus perkahwinan.
“Program serupa dapat dicontohi di Negeri Sembilan melalui kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti.
“Jadi rakyat Negeri Sembilan hendaklah memberi sokongan dan mengundi calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) melalui kerjasama yang sama-sama kita telah sepakati,” ujarnya.


0 Comments