Kota Bharu jadi tumpuan 23 Oktober ini

 

KOTA BHARU: Selepas Kota Bharu menjadi medan himpunan pendukung PAS dari seluruh negara pada 4 dan 5 September lepas, hujung minggu depan sekali lagi ibu negeri Kelantan akan menjadi tumpuan ramai.

Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) 2026 akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV. Himpunan itu akan diadakan pada 23 Oktober ini bermula jam 7 malam.

HIMPAK bermula dengan solat Maghrib dan diikuti kuliah khas yang akan disampaikan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, kemudian solat hajat serta munajat.

Program tersebut berakhir dengan Pidato Perdana yang akan membariskan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden Wawasan, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Selain itu Timbalan Muryidul Am PAS, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Turut ditampilkan Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan aktivis rakyat Isham Jalil. 

Sebelum itu pada sebelah petang akan berlangsung pentas anak muda, muslimat dan ulama. Turut dianjurkan pameran dan konvoi motosikal anak muda.

HIMPAK boleh dianggap sebagai ‘pemanas badan’ sebelum berlangsung penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka pada 31 Oktober ini.

“Rakyat Kelantan dijemput datang beramai-ramai pada program tersebut bagi mengikuti dari dekat perkembangan semasa yang berlaku dan pelbagai acara lain yang diadakan,” kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat.

 

Post a Comment

0 Comments