Oleh Aslani M |
KOTA BHARU:
Biarpun tragedi gempa bumi di Kholm, berhampiran bandar Mazar-i-Sharif di utara
Afghanistan berlaku lebih setahun lalu, namun masih ramai lagi penduduk tinggal
di kem perlindungan.
Gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda dilaporkan mengorbankan lebih 2,200 penduduk. Gempa itu berpusat pada kedalaman 28 kilometer.
Simpati terhadap nasib penduduk di Afghanistan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan tampil menghulur bantuan kepada mangsa gempa bumi terbabit.
Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Kelantan, Nazman Che Ibrahim berkata, mereka mengagih 200 selimut tebal kepada penduduk untuk persiapan menghadapi musim dingin tidak lama lagi.
Katanya, NGO dari Kelantan pergi ke kem gempa bumi yang menempatkan 400 keluarga.
“Di situ kita tolong 80 keluarga dengan mengagih pek-pek makanan. Pengagihan bantuan itu diadakan di Pergunungan Kunal. Kita pergi ke sana pada hari ketiga misi kemanusiaan di Afghanistan.
“Jarak perjalanan mengambil masa lapan jam dari Kota Kabul. Mangsa gempa masih berada di Kem Perlindungan Shawki, Kunar,” katanya di sini.
Gempa bumi yang berlaku pada Ogos 2025 mengorbankan lebih 2,200 penduduk dan mencederakan hampir 4,000 orang di wilayah timur Afghanistan bersempadan dengan Pakistan.
Susulan itu berlaku lagi gempa pada 4 November 2025 yang mengorbankan 27 penduduk dan hampir 1,000 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala richter melanda utara Afghanistan.
Kebanyakan mangsa merupakan penduduk Balkh dan Samangan, wilayah yang paling teruk terjejas akibat gegaran tersebut.
Nazman juga berkata, terdapat sekitar 178 keluarga yang masih tinggal dalam khemah, biarpun selepas 15 bulan kejadian gempa berlaku.
Katanya, penduduk belum dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan terpaksa berlindung di bawah khemah sebagai tempat tinggal.
“Selain itu, terdapat ratusan rumah di lereng-lereng bukit sekitar kem yang mengalami kerosakan teruk atau runtuh akibat gempa.
“Sebahagian penduduk membina khemah di tepi rumah masing-masing untuk dijadikan tempat berlindung,” ujarnya.
Sehubungan itu beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban mangsa gempa bumi di Afghanistan.
Sumbangan boleh disalur melalui RHB Bank - 2530 1600 0084 98 atas nama Yayasan Amal Kelantan. Pertanyaan boleh hubungi wasap.my/+6011 3179 7067.






0 Comments