KOTA BHARU: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan menganjur program Wakaf Al Quran bagi membolehkan penduduk di Afrika dan Myanmar mempelajari al Quran.
Ahli Jawatankuasanya, Ts Br PMR Nazri Deraman berkata, setiap naskhah yang diwakafkan menjadi asbab tersebarnya ilmu agama di negara terbabit.
"Bayangkan ada saudara seagama kita yang ingin membaca al-Quran, tetapi tidak mempunyai naskhah untuk dipelajari.
"Situasi itu kami kesan hasil misi kemanusiaan di pelbagai negara umat Islam, kami menemui masyarakat yang serba kekurangan, termasuk mereka yang terpaksa menulis ayat-ayat al-Quran pada bahan tertentu untuk dipelajari dan dihafal," katanya di sini.
Kata beliau hanya RM30 membolehkan rakyat Malaysia mewakafkan senaskhah al-Quran kepada penduduk Islam di Afrika dan Myanmar.
Wakaf boleh disalur melalui Bank Muamalat akaun nombor - 0302 0001 4357 16 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, rujukan: Wakaf Al-Quran.
🌐 Wakaf dalam talian: https://toyyibpay.com/sumbangan-wakaf-quran. Maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-981 1605.
Sementara itu dalam perkembangan di Gaza, penduduk menerima bekalan air dan makanan yang disumbang NGO dari Malaysia termasuk Pertubuhan R Kelantan
Nazri berkata, ada keluarga yang dapat meneruskan kehiduapan seharian mereka selepas menerima sedikit bekalan makanan yang sampai.
Bagaimanapun keadaan masih membimbangkan kerana NGO kekurangan dana untuk meneruskan bantuan makanan dan air.
Katanya esok lusa mereka masih perlukan makanan dan minuman bagi meneruskan kehidupan.
Sumbangan boleh disalur melalui Bank Islam nombor akaun: 03120010000318 atas nama Pertubuhan R Kelantan.
Laporan dan perkembangan agihan melalui Channel Suara Gaza: https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M

0 Comments