KELANTAN MODEL PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Kerajaan Kelantan telah membuktikan perpaduan kaum yang kukuh dapat mencapai kemajuan dan kejayaan berkekalan. Selama lebih 30 tahun, dasar Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI) yang dilaksanakan Kerajaan Kelantan berjaya menjadikan kesejahteraan negeri ini dinikmati semua kaum.
Menariknya, walaupun kaum Cina dan India adalah minoriti di Kelantan, mereka tetap mendapat manfaat yang sama dan tidak pernah dipinggirkan. Jadi isu perkauman tidak timbul. Inilah formula kejayaan Kerajaan Kelantan dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum, tanpa batasan etnik dan agama.
Dalam usaha untuk memastikan keharmonian antara kaum di Kelantan terus dijaga dan diperkukuhkan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam bin Abdul Rahman istiqamah memperjuangkan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian di Kelantan.
Kejayaan ini bukan kecil. Ia hasil kerjasama semua rakyat yang bersatu padu, barulah kemajuan berkekalan. Oleh itu, Kelantan wajar menjadi model untuk dicontohi negeri-negeri lain di Malaysia dalam usaha memupuk semangat perpaduan dan keharmonian antara semua kaum.
Iktibar daripada kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Kelantan harus dijadikan pedoman untuk kita terus memperjuangkan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Marilah kita memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera bagi semua rakyat berbilang bangsa.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 09:17:41
#semasa
#semasa
0 Comments