Ticker

6/recent/ticker-posts

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DUN BUNUT PAYONG MERIAH



SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DUN BUNUT PAYONG MERIAH

KOTA BHARU - Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak DUN Bunut Payong yang diadakan di Padang Taman Guru, Pintu Geng meriah dengan pelbagai acara menarik dipersembahkan.

Program dengan kerjasama Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKekWa) itu didahului dengan ceramah motivasi keibubapaan oleh Ustazah Mazidah Muhammad.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato Dr Ramli Mamat diiringi isteri, Datin Wan Anita Mohd Amin dan Ketua Muslimat DUN Bunut Payong, Suhana Hussin.

Menurutnya, antara acara menarik ialah pertandingan mewarna, isi air dalam botol, kulinari desa, gunting rambut percuma, persembahan pentas oleh anak-anak PASTI, penyampaian hadiah dan penyerahan sumbangan persekolahan kepada 200 penerima.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.













(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 08:42:40

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments