LIMA MENARA TELEKOMUNIKASI UNTUK RAKYAT DUN WAKAF BHARU
WAKAF BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah bersyukur dan gembira apabila mendapat makluman daripada pihak Infra Quest Sdn. Bhd. tentang lima menara telekomunikasi yang sedang dibangunkan dalam kawasan DUN Wakaf Bharu.
Ia membabitkan enam kampung iaitu Kampung Bechah Resak, Kampung Padang Tembesu, Kampung Delima, Kampung Periok, Kampung Jal Kechil dan Kampung Kebakat.
"Sebelum ini sudah banyak kali saya usulkan di Sidang DUN membawa suara rakyat tentang masalah internet yang dihadapi rakyat dalam kawasan DUN Wakaf Bharu.
Diharap dengan pembinaan ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sebahagian rakyat yang mana akan menyusul beberapa menara lagi selepas ini," katanya ketika ditemui di Chabang Empat.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha membantu demi kesejahteraan rakyat dalam kawasan DUN Wakaf Bharu.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-23 01:32:03
#semasa
#semasa
0 Comments