Ticker

6/recent/ticker-posts

PEMBINAAN PEJABAT PASUKAN POLIS MARIN 40 PERATUS SIAP



PEMBINAAN PEJABAT PASUKAN POLIS MARIN 40 PERATUS SIAP

PASIR PUTEH – Sehingga Mac 2023, pembinaan Pejabat Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali mencapai kemajuan kerja 40 peratus.

Laporan kerja tersebut dilaporklan oleh Pengurus Kanan Bahagian Projek PBLT Sdn Bhd, Mohd Helmy Mohd Yusoff ketika dihubungi semalam.

PBLT Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) selaku pemaju atau agensi pelaksana bagi projek tersebut yang bertanggungjawab membangunkan beberapa komponen penting seperti bangunan pentadbiran, kuaters, jeti, surau dewan serbaguna dan lain-lain lagi di atas tapak berkeluasan 13.46 ekar.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerak YB Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, projek tersebut juga ialah salah satu senarai di bawah pembangunan baharu Tok Bali yang melibatkan secara langsung perancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Tambahnya lagi, projek pembinaan yang terbesar di Pantai Timur itu juga berperanan untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di Tok Bali bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di negeri Kelantan di samping dapat meningkat kemajuan kawasan setempat.

Kredit foto: PBLT Sdn Bhd

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-23 05:27:18

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments