Ticker

6/recent/ticker-posts

MANGSA BANJIR DI JOHOR HAMPIR CECAH 40,000 ORANG



MANGSA BANJIR DI JOHOR HAMPIR CECAH 40,000 ORANG

Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) memberikan perhatian serius terhadap perkembangan banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri khususnya di negeri Johor.

Keadaan banjir di Johor semakin kritikal ketika ini dengan mangsa banjir sudah menghampiri seramai 40 ribu orang.

Sehingga kini, mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 37,619 orang di sembilan daerah terjejas, setakat jam 10 pagi ini.

Ia membabitkan seramai 10,891 keluarga yang dipindahkan ke 253 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sembilan daerah.

Hujan masih turun berterusan di Johor sehingga kini melibatkan hampir semua daerah sejak tengah hari semalam dan belum ada tanda-tanda hujan akan berhenti.

Daerah Segamat adalah daerah paling teruk terjejas dengan mangsanya melonjak kepada 13,358 mangsa daripada 3,921 keluarga di 77 PPS diikuti dengan Daerah Batu Pahat, Kota Tinggi dan Muar.

Khidmat Malaysia melalui Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) terus memantau keadaan banjir di Johor. BGIB memantau keadaan semasa bencana banjir dan menguruskan gerakerja petugas dan sukarelawan untuk ditempatkan di kawasan yang ditentukan.

Ketika ini, Khidmat Malaysia memfokuskan kepada fasa Menyelamat (Rescue) melalui pasukan Jabatan Amal Malaysia (JAM) di Parlimen Pagoh, Labis, Sekijang, Segamat dan Kota Tinggi.

Bot penyelamat JAM ditempatkan di Sri Medan, Batu Pahat kerana keadaan mangsa yang masih ramai lagi terperangkap ketika ini.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir yang terlibat.

Sekian.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
4 Mac 2023









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-04 04:31:27

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments