PERJUANGAN DI MEDAN RAMADAN
Lazimnya Ramadan sinonim dengan bulan ibadah, tarbiyah, taubah dan pelbagai maksud yang seerti.
Jarang disebut orang, Ramadan ialah bulan jihad, perjuangan dan kemenangan.
Rakaman dua sejarah besar dalam Islam telah mengubah corak perjuangan Islam melalui Peperangan Badar dan Pembukaan Kota Mekah yang ditakdirkan berlaku sewaktu Rasulullah SAW dan sahabat sedang berpuasa.
Peperangan Badar adalah pengalaman pertama umat Islam berkorban fisabillah.
Berbekalkan persenjataan dan kekuatan tentera yang terhad, pasukan hizbullah mara membawa suatu bekalan yang lebih utama iaitu bekalan keimanan yang teguh kepada Allah dan Rasul-nya.
Mereka berdepan dengan ketumbukan tentera musuh yang berkali ganda dan persenjataan yang lebih hebat, namun tidak sedikit pun menjadikan kaum Muslimin lemah semangat. Jauh sekali mereka undur meninggalkan amanah mempertahankan syiar Islamiah.
Natijahnya, kemenangan besar umat Islam dirakam melalui surah Ali Imran ayat 123 yang bermaksud "Dan sesungguhnya Allah telah menolong
Kamu (mencapai
kemenangan) dalam Peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu bersyukur (akan kemenanga itu)."
Demikian juga peristiwa Fathul Makkah pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah.
Peperangan itu berjaya menghapuskan kesyirikan dengan kemusnahan patung berhala yang memenuhi pekarangan Kaabah.
Perjuangan merangkumi jihad dan kemenangan menjadi azimat sepanjang Ramadan untuk kita sabar menempuh segala ujian.
Ahlan wasahlan ya Ramadan daripada:
YB DATO' PANGLIMA PERANG DATO' MOHD NASSURUDDIN DAUD
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan.

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 06:55:44
#semasa
#semasa
0 Comments