ARMALAH SENTIASA DIBERI PERHATIAN
PASIR MAS - Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa prihatin dan memberi perhatian sewajarnya terhadap kebajikan golongan armalah.
Exco Kerajaan Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, YB Dato' Hanifa Ahmad berkata, golongan wanita paling berjasa itu sering diberi bantuan berupa wang tunai mahu pun barang keperluan harian mengikut keperluan dan secara berkala.
"Armalah ialah golongan yang perlu dibantu. Oleh itu, setiap tahun ada peruntukan untuk mereka di setiap DUN.
Kali ini, 300 armalah di lapan mukim layak menerima bantuan, katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian sumbangan Armalah DUN Pengkalan Pasir 2023, Sabtu lalu.
Majlis berlangsung di Madrasah Nasrullah Pohon Buloh itu turut dihadiri
Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari bersama isteri.
Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban golongan ibu tunggal di DUN Pengkalan Pasir sepanjang menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 08:37:45
#semasa
#semasa
0 Comments