JADIKAN BACAAN, TADDABUR AL-QURAN AMALAN HARIAN
KOTA BHARU - " Setiap mukmin perlu menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sekali diabaikan. Teruskan amalan membaca dan mentaddabur Al-Quran setiap masa dan ketika walaupun setelah Ramadan berlalu pergi."
Demikian menurut Pengarah JAHEAIK, YB Dato' Lela Perkasa Dato' Che Mohd Rahim Jusoh semasa merasmikan Program Solat Hajat dan Tadarus Perdana Wanita Peringkat Negeri Kelantan 1444H/2023M di Kompleks Balai Islam Lundang, hari ini.
Menurut beliau juga program anjuran Kerajaan Negeri melalui JAHEAIK itu menjadi rutin setiap kali Ramadan tiba bertujuan meningkatkan lagi kefahaman, pengalaman dan seterusnya memperkasakan modal insan dan sahsiah diri bagi memastikan kesinambungan ummah dapat diteruskan selari dengan slogan Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI).
#MembangunBersamaIslam
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 06:00:03
#semasa
#semasa
0 Comments