Ticker

6/recent/ticker-posts

"Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang mahu menarik perhatian pihak berwajib agar menimbang beberapa c...



"Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang mahu menarik perhatian pihak berwajib agar menimbang beberapa cadangan alternatif,..."


PENUTUPAN JALAN UTAMA PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR - KOTA BHARU (FT2747 DAN FT 2745) MUSIM PERAYAAN.

JKR Jajahan Gua Musang telah mengeluarkan hebahan penutupan jalan persekutuan dari Simpang Hospital sehingga jambatan Taman Damar bermula 29 Mac 2023 sehingga 28 April 2023.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang mahu menarik perhatian pihak berwajib agar menimbang beberapa cadangan alternatif, mengambil kira soal kemasukan perantau dalam jumlah yang berkali ganda ramai sempena hari raya dan risiko keselamatan yang mungkin wujud ekoran penutupan jalan ini.

Pihak pemuda PAS Gua Musang mencadangkan agar penutupan ini ditangguhkan buat seketika atau selama tempoh seminggu khususnya ketika musim perayaan.

Pada masa yang sama juga, kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan alternatif perlu disegerakan bermula sekarang. Untuk itu, kedua-dua jalan utama yang dibuka jeda seminggu perayaan dan jalan alternatif yang dibaiki akan dapat menampung kemasukan kenderaan yang boleh mencecah 1 juta mengikut kebiasaan.

Justeru, pengesyoran ini dibuat mengambil kira kepadatan kemasukan kenderaan dan soal keselamatan rakyat Kelantan semasa musim perayaan. Isu ini perlu dinilai secara objektif meraikan musim perayaan yang diluar jangka sekalipun hebahan awal penutup telah dibuat.

Anak-anak Kelantan diperantauan pastinya kuat hubungan kekeluargaan, apa lagi nilai sentimental salam cium tangan seisi keluarga di pagi syawal pasti akan menggamit panggilan pulang sekalipun berdepan kesesakan.

Pemuda PAS Gua Musang memohon agar perkara ini tidak dipandang kecil oleh pihak berwajib.

Sekian, terima kasih

Mohd Habidin bin Hanipa
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang

12 Ramadan 1444 / 3 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-03 02:19:31

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments