Ticker

6/recent/ticker-posts

LARANGAN KKM PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM PERHIMPUNAN HARAM Perhimpunan haram atau demonstrasi me...






LARANGAN KKM PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM PERHIMPUNAN HARAM

Perhimpunan haram atau demonstrasi melibatkan penyertaan pegawai awam adalah tidak dibenarkan. Ianya telah sedia termaktub dalam Peraturan penjawat awam samada peringkat persekutuan atau negeri. Sebagai sebuah negara berdaulat demonstrasi bukanlah satu-satunya jalan yang ada kerana pilihanraya secara demokrasi adalah pilihan yang lebih harmoni.

Pimpinan kerajaan yang ada dalam kabinet persekutuan hari ini kebetulannya adalah petualang kepada perhimpunan haram semasa berada di luar kerajaan kecuali Menteri Kesihatan hari ini. Hilang dari radar sewaktu itu.

Siapa akan melupakan siri-siri demonstrasi reformasi mengangkat perjuangan peribadi PMX hari ini?

Kenapa reformasi disebut peribadi?

Ianya kerana naiknya mereka dengan laungan reformasi sebagai kabinet kerajaan, hilang perjuangan yang selama ini disungguhkan. Malah mulai menekan rakyat yang mahukan keadilan dan kebenaran.

Walau apa pun larangan dan sekatan yang dibuat terhadap rakyat termasuk suara pegawai perubatan yang mahukan keadilan dan pembelaan kontrak perkhidmatan diberikan perhatian sewajarnya, menggunakan kuasa sekatan bukanlah satu-satunya jalan yang ada. Seperkara yang perlu diingat adalah aliran kebenaran ibaratnya seperti air hujan yang turun ke bawah dan tidak sesekali menyongsang ke atas. Lambat laun akan sampai ke tanah jua.

Sekatan guna kuasa tanpa apa-apa rundingan wajar hanyalah suatu pembunuhan senyap. Solidariti buat pegawai perubatan kontrak yang mahukan hak mereka didengari.

Beramal kerana Allah.

Mohd Firdaus Nawi
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

11 Ramadhan 1444 / 2 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-03 06:43:56

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments