Ticker

6/recent/ticker-posts

Minda Presiden SELUANG YANG TIDAK BOLEH DIPANCING Kini kita juga menyaksikan kebendaan yang sedang...



Minda Presiden

SELUANG YANG TIDAK BOLEH DIPANCING

Kini kita juga menyaksikan kebendaan yang sedang merosakkan pemimpin dan rakyat. Menyebabkan merebaknya penyakit rasuah bermula dalam soal pentadbiran sehinggalah ke dalam parti politik yang memerintah negara yang dipengaruhi politik wang.

Sehinggakan, negara ditadbir secara rasuah, memilih pemimpin dengan membeli mereka dan membeli sokongan rakyat oleh kalangan penyumbang rasuah yang kaya-raya dengan amalan rasuah juga. Termasuklah kerajaan Pakatan Harapan terkini yang dibentuk oleh penyumbang rasuah bersama perpaduan dengan kalangan mereka yang berpenyakit rasuah.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Mursyid 'Am telah mendidik rakyat Kelantan dengan kata-katanya yang terkenal:

"Bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi bulan (PAS)."

Laksana seluang yang memakan umpan, lalu meninggalkan mata pancing yang kosong.

Termasuk golongan perantauan yang pulang menggunakan kenderaan dan tiket yang diumpan, sehingga terpaksa memasang bendera parti lawan yang menyumbang duitnya, tetap tidak boleh dipancing undinya.

Bersama slogan ini PAS berjaya menawan Kelantan dan mempertahankannya sehingga berjaya menawan Terengganu dan Kedah, serta akhirnya Perlis. PAS berjaya menegakkan sebuah kerajaan yang bersih daripada penyakit rasuah, walaupun terbatas kewangannya namun tetap teguh memerintah.

Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri akan diadakan yang menjadi ujian keinsafan sebagaimana yang telah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. Sekalipun, anak muda yang dianggap mentah belum sempurna pelajarannya, tetapi meletakkan akalnya dijunjung di kepala menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut acuan Allah dengan meletakkan harga diri manusia berpandukan akal dan kebijaksanaannya tidak boleh dibeli dan ditipu dengan mudah.

Baca selanjutnya:

https://www.facebook.com/100044222510324/posts/792107518939991/?d=w&mibextid=qC1gEa


Minda Presiden

SELUANG YANG TIDAK BOLEH DIPANCING

Seluang ialah spesies ikan kecil yang paling dibenci oleh kaki pancing, kerana ia hanya memakan umpan dan meninggalkan mata pancing sahaja kerana saiznya yang kecil, sebelum sempat dimakan oleh ikan besar yang mahu ditangkap. Menyebabkan pemancing sangat kecewa dengan sebab gangguannya yang menghabiskan umpan tanpa memperoleh sebarang hasil.

Adapun ikan besar yang rakus memakan umpan mestilah mudah ditangkap, kerana pelahap sehingga termakan mata pancing. Akhirnya, ia dimasak atau dijual untuk dimasak menjadi makanan.

Al-Quran pula membawa cerita dalam surah al-Naml yang bermakna semut, iaitu sejenis serangga kecil yang hidup secara berkumpulan dengan jumlah yang banyak. Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan mukjizat mampu menguasai bahasa haiwan. Firman Allah SWT:

﴿حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاْ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٞ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواْ مَسَٰكِنَكُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ١٨ فَتَبَسَّمَ ضَاحِكٗا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ١٩﴾

"(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, 'Wahai sekalian semut! Masuklah ke dalam sarang-sarang kamu masing-masing, agar kamu tidak binasa dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedarinya.' (18) Maka, dia (Sulaiman AS) tersenyum dengan tertawa mendengar kata-kata semut itu. Lalu berdoa dengan berkata, 'Wahai Tuhanku! Berikanlah kepadaku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku, dan supaya aku dapat mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh.' (19)" (Surah al-Naml: 18-19)

Demikian itu, menunjukkan bahawa kebijaksanaan binatang semut boleh menyelamatkan kaumnya, supaya tidak rakus mengejar makanan yang tumpah sehingga boleh menyebabkan mereka dipijak. Hal ini disebabkan kedatangan Nabi Sulaiman AS dan bala tenteranya dengan jumlah yang ramai itu serta banyak serpihan makanannya.

Para ulama' tafsir meriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman AS bertanyakan raja semut:

‌لِمَ ‌حَذَّرْتِ ‌النَّمْلَ؟ هَلْ سَمِعْتُمْ إِنِّي ظَالِمٌ؟ أَمَا عَلِمْتُمْ أَنِّي نَبِيٌّ عَدْلٌ؟ فَلِمَ قُلْتِ: لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمانُ وَجُنُودُهُ.

"Mengapa kamu memberikan amaran kepada rakyatmu? Adakah kamu pernah mendengar bahawa aku ialah seorang yang zalim? Adakah kamu tidak tahu bahawa aku adalah Nabi (yang diutuskan oleh Allah) yang wajib bersifat dengan adil? Dan kenapa kamu mengatakan (kepada semut yang lain) agar tidak dibiarkan Sulaiman dan tenteranya memijak dan membinasakan kamu?"

Raja semut menjawab:

يَا نَبِيَّ اللهِ أَمَا سَمِعْتَ قَوْلِي"وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ".

"Wahai Nabi Allah! Adakah kamu tidak mendengar ucapanku, 'Mereka tidak menyedari kedatanganmu (tidak sengaja terpijak).'" (Abu Ishaq al-Tsa'labi, Qasas al-Anbiya', ms. 325-326)

Inilah perkara yang sepatutnya menjadi iktibar kepada seluruh hamba Allah SWT supaya sentiasa berwaspada dalam kehidupan di dunia ini, dan tidak didorong oleh nafsu yang rakus sehingga merosakkan diri sendiri.

Keadaan ini berlaku apabila nafsu diri seperti nafsu makan menjadi tujuan utama, bukannya makan hanya sekadar untuk keperluan jasad bagi melaksanakan tugas lain yang lebih besar mentadbir makhluk bumi dengan amanah Allah SWT kepada manusia. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman-Nya:

﴿إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا٧٢﴾

"Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya; dan amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh." (Surah al-Ahzab: 72)

Amanah itu ialah mentadbir bumi dengan petunjuk Allah SWT daripada Kitab-Nya, Rasul-Nya dan ilmu yang bermanfaat. Sepatutnya manusia yang berakal lebih mampu mengawal nafsunya, supaya terselamat dalam kehidupan di dunia dan akhirat dengan mengerjakan amal soleh mengikut petunjuk Allah SWT. Harta, makanan dan lain-lain hanya sekadar menjadi keperluan jasad dengan beriman dan beramal di alam dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.

Allah SWT mendedahkan ada dalam kalangan manusia yang tidak menggunakan kelebihan akal dan pancaindera yang diberikan oleh-Nya kepada mereka supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُولَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ١٧٩﴾

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka) Jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi mahu memahami (ayat-ayat Allah); dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah); dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu laksana binatang ternak (yang menjadikan makan tujuan utama), bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raf: 179)

Selain itu, Allah SWT juga mendedahkan dalam al-Quran perangai bangsa Yahudi Bani Isra'il yang paling dimurkai-Nya, antaranya apabila mereka menjadikan kebendaan sebagai prinsip hidupnya, sehingga membelakangkan Kitab Allah, akal dan ilmu. Termasuk dalam urusan memilih pemimpin negara untuk mengendalikan satu tugas yang sangat penting dan merupakan amanah yang paling besar. Firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ مِنۢ بَعۡدِ مُوسَىٰٓ إِذۡ قَالُواْ لِنَبِيّٖ لَّهُمُ ٱبۡعَثۡ لَنَا مَلِكٗا نُّقَٰتِلۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ قَالَ هَلۡ عَسَيۡتُمۡ إِن كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ أَلَّا تُقَٰتِلُواْۖ قَالُواْ وَمَا لَنَآ أَلَّا نُقَٰتِلَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَقَدۡ أُخۡرِجۡنَا مِن دِيَٰرِنَا وَأَبۡنَآئِنَاۖ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقِتَالُ تَوَلَّوۡاْ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ٢٤٦ وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧﴾

"Apakah kamu tidak memperhatikan para pemimpin Bani Isra'il sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, 'Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) pada jalan Allah.' Nabi mereka menjawab, 'Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.' Mereka menjawab, 'Mengapa kami tidak mahu berperang pada jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari kampung dan rumah-rumah dan anak-anak kami?' Maka, tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa orang sahaja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. (246) Nabi mereka mengatakan kepada mereka, 'Sesungguhnya, Allah telah mengangkat Talut menjadi raja kamu.' Mereka menjawab, 'Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberikan kekayaan yang cukup banyak?' Nabi (mereka) berkata, 'Sesungguhnya, Allah telah memilih raja kamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.' Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (247)" (Surah al-Baqarah: 246-247)

Bangsa Yahudi ditimpa bencana selepas tanah airnya (Tanah Suci Palestin) ditakluki oleh musuh. Perkara ini berlaku apabila mereka meninggalkan petunjuk dalam Kitab Allah dan menderhaka nabi-nabi dan para ulama' yang soleh, tersebarnya kemungkaran maksiat, kezaliman dan lain-lain. Sehinggakan, mereka bertindak melampau yang disebutkan secara berulang kali oleh Allah dalam al-Quran seperti meninggalkan perjuangan, antaranya firman Allah SWT:

﴿...وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٦١﴾

"…Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas." (Surah al-Baqarah: 61)

Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ٢١ أُولَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ٢٢﴾

"Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)" (Surah Ali 'Imran: 21-22)

Mereka juga meninggalkan kewajipan amar ma'ruf dan nahi munkar. Firman Allah SWT:

﴿لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ٧٩﴾

"Orang-orang kafir daripada kalangan Bani Isra'il telah dilaknat melalui lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu. (79)" (Surah al-Ma'idah: 78-79)

Walaupun ada dalam kalangan mereka sebahagiannya yang insaf dan sedar, sehingga mahu berjihad membebaskan tanah air dan bangsanya yang dijajah. Akan tetapi, masih ramai dalam kalangan mereka dipengaruhi oleh kebendaan.

Hal ini termasuk perjuangannya mencari pemimpin atau raja yang ditunjuki oleh Allah SWT kepada nabinya yang diutuskan pada masa itu, tetapi mereka dipengaruhi politik harta lalu menolak Talut yang dipilih melalui wahyu kerana ilmu dan gagah perkasanya. Sebaliknya, mereka mahukan seorang raja yang kaya berharta, walaupun jahil dan tidak bermoral, iaitu seseorang yang difikirkan boleh memberikan kesenangan sahaja.

Mereka tidak menyedari bahawa bersama ilmu dan akal yang sihat dapat menguruskan harta dengan cara yang baik. Adapun memiliki harta tanpa ilmu atau ilmu tanpa akal yang sihat pasti akan merosakkan dan menghabiskan harta tersebut.

Mereka menerima Talut menjadi raja apabila Allah SWT menunjukan mukjizat nabinya. Firman Allah SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ءَايَةَ مُلۡكِهِۦٓ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلتَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَبَقِيَّةٞ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَىٰ وَءَالُ هَٰرُونَ تَحۡمِلُهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ٢٤٨﴾

"Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, 'Sesungguhnya, tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut (keranda) kepada kamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.'" (Surah al-Baqarah: 248)

Seterusnya mereka ditarbiah dengan diberikan satu ujian yang menyingkirkan mereka yang berprinsipkan perjuangan kepada kepentingan kebendaan semata-mata demi mengisi perut, bukannya bercirikan nilai keimanan dan kesabaran. Firman Allah SWT:

﴿فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِٱلۡجُنُودِ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ مُبۡتَلِيكُم بِنَهَرٖ فَمَن شَرِبَ مِنۡهُ فَلَيۡسَ مِنِّي وَمَن لَّمۡ يَطۡعَمۡهُ فَإِنَّهُۥ مِنِّيٓ إِلَّا مَنِ ٱغۡتَرَفَ غُرۡفَةَۢ بِيَدِهِۦۚ فَشَرِبُواْ مِنۡهُ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُۥ هُوَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ قَالُواْ لَا طَاقَةَ لَنَا ٱلۡيَوۡمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦۚ قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَٰقُواْ ٱللَّهِ كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ٢٤٩﴾

"Maka, tatkala Talut keluar membawa tenteranya, dia berkata, 'Sesungguhnya, Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka, siapa antara kamu meminum airnya; bukanlah dia daripada kalangan pengikutku. Dan sesiapa tidak meminumnya, kecuali mencedok secedok tangan, maka dia adalah pengikutku.' Kemudian, mereka meminumnya kecuali beberapa orang antara mereka. Maka, tatkala Talut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata, 'Tiada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya.' Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah, berkata, 'Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.'" (Surah al-Baqarah: 249)

Mereka meredah padang pasir sehingga kehabisan bekalan, lalu diuji supaya tidak terlalu rakus mengisi perut. Malangnya, ramai yang berfikir untuk mengisi perut. Bahkan, hanya segelintir sahaja yang mengikuti arahan rajanya.

Kini, orang orang Yahudi berusaha mencari semula keranda keramat yang dianggap akan memberikan kemenangan kepada mereka dengan kefahaman yang sesat dan salah.

Malah, kini kita juga menyaksikan kebendaan yang sedang merosakkan pemimpin dan rakyat. Menyebabkan merebaknya penyakit rasuah bermula dalam soal pentadbiran sehinggalah ke dalam parti politik yang memerintah negara yang dipengaruhi politik wang.

Sehinggakan, negara ditadbir secara rasuah, memilih pemimpin dengan membeli mereka dan membeli sokongan rakyat oleh kalangan penyumbang rasuah yang kaya-raya dengan amalan rasuah juga. Termasuklah kerajaan Pakatan Harapan terkini yang dibentuk oleh penyumbang rasuah bersama perpaduan dengan kalangan mereka yang berpenyakit rasuah.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Mursyid 'Am telah mendidik rakyat Kelantan dengan kata-katanya yang terkenal:

"Bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi bulan (PAS)."

Laksana seluang yang memakan umpan, lalu meninggalkan mata pancing yang kosong.

Termasuk golongan perantauan yang pulang menggunakan kenderaan dan tiket yang diumpan, sehingga terpaksa memasang bendera parti lawan yang menyumbang duitnya, tetap tidak boleh dipancing undinya.

Bersama slogan ini PAS berjaya menawan Kelantan dan mempertahankannya sehingga berjaya menawan Terengganu dan Kedah, serta akhirnya Perlis. PAS berjaya menegakkan sebuah kerajaan yang bersih daripada penyakit rasuah, walaupun terbatas kewangannya namun tetap teguh memerintah.

Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri akan diadakan yang menjadi ujian keinsafan sebagaimana yang telah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. Sekalipun, anak muda yang dianggap mentah belum sempurna pelajarannya, tetapi meletakkan akalnya dijunjung di kepala menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut acuan Allah dengan meletakkan harga diri manusia berpandukan akal dan kebijaksanaannya tidak boleh dibeli dan ditipu dengan mudah.

Dalam pada itu, ada kalangan mereka yang berilmu dan berijazah berjela-jela panjangnya dan banyak senarai gelarannya, tetapi meletakkan akal ke dalam perutnya. Sifat yang tidak sepatutnya berada pada orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوٗى لَّهُمۡ١٢﴾

"Sesungguhnya, Allah memasukkan orang-orang Mukmin dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan Jahanam adalah tempat tinggal mereka." (Surah Muhammad: 12)

Ambillah teladan Abu Zar al-Ghifari RA yang ditegur oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

إِنَّكَ ‌امْرُؤٌ ‌فِيكَ ‌جَاهِلِيَّةٌ.

"Sesungguhnya, kamu ini (wahai Abu Zar) ialah seorang yang masih mempunyai perangai jahiliah." (Riwayat al-Bukhari, no. 30)

Abu Zar terus merebahkan dirinya supaya dipijak dan bertaubat. Beliau menerima nasihat yang membetulkan kesilapannya apabila beliau menghina seorang sahabat. Sesungguhnya, kesilapan politik akan merosakkan agama, umat dan negara yang pasti lebih besar akibatnya.

Sesungguhnya, adalah sangat memalukan apabila dibandingkan manusia yang tidak menggunakan akal dan ilmunya dengan betul bersama binatang yang tidak berakal.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Syawwal 1444 / 27 April 2023

[Bil: 32 / 2023]

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-27 01:01:32

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments