MACHANG: Ramai penyokong Pakatan Harapan (PH) dijangka akan memberi undi kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada 12 Ogos ini berikutan kecewa dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata Anwar telah menggadai kredibilitinya sebagai pemimpin tertinggi PH apabila sanggup ingkar janji untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Anwar menghancurkan kepercayaan pengundi PH dengan janji-janjinya yang mengatakan akan menghapuskan amalan dan budaya Nepotisme dalam GLC (Government-Linked Companies). Namun beliau ingin melantik anaknya sendiri (Nurul Izzah) sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan.
“Bukan itu sahaja, kalau kita tengok kes Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi, mereka mengaitkan dengan Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang dikatakan akan dihapuskan oleh PH,” katanya pada Majlis Jelajah Ceramah Ppakat Pertahan DUN Pulai Chondong, di Padang Awam, Jalan Joh Labok, Machang.
Pada Pilihan Raya Umum – 15 lalu PH memperoleh 82 kerusi, namun Anwar dilantik sebagai perdana menteri hasil rancangan bersama dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi tuduhan rasuah.
Beliau dilantik PM bukan dengan sokongan majoriti rakyat tetapi melalui pencaturan politik dengan Barisan Nasional (BN) sudah menjadi suatu rahsia umum.
Semasa kempen pilihan raya tersebut Anwar berjanji tidak akan bergabung dengan BN yang terpalit dengan skandal dan rasuah.
Tun Faisal yang juga mantan Setiausaha Akhbar bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata pengundi PH turut menzahirkan rasa kecewa mereka berhubung isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan perlu dicagar dengan membuat pinjaman daripada bank.
“Mereka (pengundi PH) rasa kecewa dan itu menyebabkab mereka akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN nanti,” katanya.
0 Comments