Ticker

6/recent/ticker-posts

PN Kelantan Kemuka Gabungan Penyandang Dan Muka Baru Teruskan Legasi 33 Tahun

 


KOTA BHARU – PAS memperkenalkan 39 calon manakala Bersatu enam yang bakal mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam misi 45-0  mereka menjelang hari penamaan calon  bagi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Ogos ini.

Menerusi pengumuman calon malam tadi, secara keseluruhannya menyaksikan PN Kelantan menampilkan 23 calon muka baharu untuk berdepan lawan mereka dari Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya tersebut.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Ahmad Yakob mengumumkan calon-calon terbabit di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam tadi.

Gabungan calon muka baharu dan lama ini membabitkan pelbagai latar belakang termasuk golongan ulama, professional, teknokrat, korporat, pendidik dan aktivis masyarakat bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan negeri diterajui PAS sejak 33 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah, berkata calon-calon yang diketengahkan memenuhi ciri-ciri kepimpinan jika mereka diamanahkan selepas pemilihan nanti.

“Calon yang diketengahkan kali ini diharap mampu menawan hati pengundi berikutan mereka mempunyai pengalaman dan kebolehan yang tersendiri.” Katanya ditemui selepas majlis pengumuman calon malam tadi.



Sementara itu, Ahmad dan Mohd. Amar tampil mempertahankan kerusi masing-masing di DUN Pasir Pekan dan Panchor.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd. Amar berkata, keputusan  pembahagian  serta pemilihan calon diterima dengan semangat harmoni di dalam PN negeri ini.

“Alhamdulillah tidak ada perkara yang berbangkit. Segalanya teratur rapi dan selesai dengan baik,” jelasnya.

Berikut adalah calon-calon PN Kelantan untuk PRN15 ini;

N01 Pengkalan Kubur – Wan Roslan Wan Hamat

N02 Kelaboran – Mohd Adanan Hasan

N03 Pasir Pekan – Ahmad Yakob

N04 Wakaf Bharu – Mohd Rusli Abdullah

N05 Kijang – Dr Izani Husin

N06 Chempaka – Nik Baharum Nik Abdullah

N07 Panchor – Mohd Amar Nik Abdullah

N08 Tanjung Mas – Rohani Ibrahim

N09 Kota Lama – Zamri Ismail

N10 Bunut Payong – Shaari Mat Yaman

N11 Tendong- Rozi Muhamad

N12 Pengkalan Pasir – Mohamad Nasrif Daud

N13 Meranti – Mohd Nassuruddin Daud

N14 Chetok – Zuraidin Abdullah

N15 Gual Periuk – Kamaruzaman Mohamad

N16 Apam Putra – Zamakhsari Muhamad

N17 Salor – Saizol Ismail

N18 Pasir Tumboh – Abdul Rahman Yunus

N19 Demit – Asri Daud

N20 Tawang – Harun Ismail

N21 Pantai Irama – Huzaimy Che Husin

N22 Jelawat – Zameri Mat Nawang

N23 Melor – Wan Rohaimi Wan Daud

N24 Kadok – Azami Mohd Nor

N25 Kok Lanas – Mohamed Farid Mohamed Zawawi

N26 Bukit Panau – Abd Fattah Mahmood

N27 Gual Ipoh – Bahari Mohd Noor

N28 Kemahang – Md Anizam Ab Rahman

N29 Selising – Tuan Mohd Sarifuddin Tuan Ismail

N30 Limbongan – Nor Asilah Mohamed Zain

N31 Semerak – Norsham Sulaiman

N32 Gaal – Muhamad Rodzi Jaafar

N33 Pulai Chondong – Azhar Salleh

N34 Temangan – Mohamed Fadzli Hassan

N35 Kemuning – Ahmad Zahran Mohd Nor

N36 Bukit Bunga – Mohd Almidi Jaafar

N37 Ayer Lanas – Kamaruddin Md Nor

N38 Kuala Balah – Abdul Hadi Awang Kechik

N39 Mengkebang – Zubir Abu Bakar

N40 Guchil – Hilmi Abdullah

N41 Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah

N42 Dabong – Ku Zaki Ku Husin

N43 Nengiri – Mohd Azizi Abu Naim

N44 Paloh – Shaari Mat Hussain

N45 Galas – Mohd Tarmizi Abd Rahman

Post a Comment

0 Comments