Dalam PRU 14 Kelantan, PAS menang 37 kerusi DUN berbanding BN lapan kerusi iaitu Kok Lanas, Gual Ipoh, Bukit Bunga, Ayer Lanas, Kuala Balah, Nenggiri, Paloh dan Galas. Keputusan itu adalah pada 2018 ketika berlaku pertandingan tiga penjuru antara PAS, PH Dan BN.
Bagi kerusi Parlimen, PAS kekal di sembilan kerusi iaitu di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala BN memperoleh lima kerusi iaitu Ketereh, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Gua Musang. PH tiada sebarang kerusi.
Dalam PRU 15 pada 2022 membabitkan 14 parlimen menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS (PN), PH dan BN keputusannya PN menang bersih 14-0.
Dalam PRN 15 Kelantan yang berjumlah 45 Dun, PH-BN memainkan naratif pencapaian kerusi dan jumlah undi pada 2018 sebagai unjuran.
Mereka tidak merujuk angka yang lebih relevan iaitu keputusan PRU 2022. Jumlah undi yang diraih PN ialah 631,201 (64%), BN 265,666 (27%) dan PH 87,293 (9%). Jika dicampur jumlah undi PH-BN sekali pun, jumlah undi yang terkumpul hanyalah 352,959 (36%) berbanding PN 631,201 (64%).
Kerana itulah kita menyaksikan fokus utama PH-BN ialah menyerang watak-watak utama PAS bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di Terengganu dan Kedah. Mencalarkan imej pemimpin PAS adalah satu-satunya pilihan terbaik yang ada pada masa ini.
Kalau di Kedah MB Sanusi disaman fitnah oleh PMX, di Kelantan pula PH-BN bawa naratif supaya TMB Mohd Amar dikalahkan. Di Terengganu agak menarik apabila TPM pula menawarkan gula-gula pilihanraya kepada pengundi muda negeri itu secara terbuka kerana kononnya ia bukan rasuah tetapi insentif kerajaan persekutuan semata-mata.
Mungkin inilah sebabnya kita menyaksikan dua keputusan berbeza atas dua pertuduhan kes yang sama melibatkan Parlimen Kuala Terengganu dan Marang tempohari melibatkan Presiden PAS.
Selamat berkempen kepada jentera pilihanraya PN dan PH.
0 Comments