KOTA BHARU – Serangan peribadi adalah antara langkah yang kerap dilakukan apabila berlaku pertembungan tidak seimbang antara pihak pencabar untuk berhadapan pihak penyandang menjelang hari pengundian.
Peluang yang beredar di depan mata tentunya akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin tidak terkecuali UMNO Kelantan. Setelah terlepas kuasa sejak 1990, ini adalah percubaan kelima mereka untuk kembali bertapak dengan naungan panji PH.
Mohd Amar sebagai pendokong utama Menteri Besar Ahmad Yakob yang mengepalai jentera pilihanraya PAS Kelantan sejak beberapa siri pilihanraya umum yang lalu juga tidak terlepas daripada serangan tersebut.
Perkara ini pernah disebut perwakilan UMNO Kelantan, Zawawi Othman dalam ucapan kontoversinya ketika mewakili negeri Kelantan pada perhimpunan Agung UMNO 2021 bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada ‘tiga jahanam' yang memimpin parti itu.
Beliau berkata,“Tetapi pemimpin PAS terutama tiga jahanam… Presiden PAS, Haji Hadi; Nik Amar, dan juga Sanusi … ini mulut-mulut jahat.
Menyambung kenyataannya itu beliau turut memberitahu “Jadi, Umno Kelantan tidak menolak PAS tapi menolak pemimpin-pemimpin PAS yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.
“Kalau PAS menolak pemimpin-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan PAS. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia,” katanya.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan itu bagaimana pun tidak bertanding dalam PRN 2023 kali ini.
Beliau sebelum ini tewas di Parlimen Pasir Puteh dalam PRU15 dengan majoriti 39,109 undi kepada calon PAS YB Dr Nik Zawawi yang memperoleh undi 52,937, manakala Zawawi hanya berjaya meraih 23,828 undi sahaja.
0 Comments