1) Rakyat umum terutama kalangan pengundi muda dalam PRN enam negeri, sangat perlu untuk melakukan timbang tara yang matang berlandaskan situasi real politics negara. Pertimbangan yang baik hanya dapat dibuat menerusi kaca mata politik yang bebas dan saksama. Pilihan yang ada ialah antara PN dan PH.
2) Mungkin ada yang akan bertanya kenapa tidak pilih antara PN dengan PH BN? Bukankah di Kelantan BN adalah penyandang lapan Dun dalam pru14 sedangkan PH tiada walaupun satu kerusi.
3) Walaupun BN akan bertanding sejumlah 31 kerusi berbanding PN hanya 14 kerusi sahaja, hakikatnya PHlah yang mengatur dan memuktamadkan pembahagian ini. BN sekadar penumpang dalam kerajaan campuran perpaduan madani. Itu fakta untuk bakal pengundi Kelantan.
4) Ini adalah intipati pertembungan dua gabungan terbesar politik negara yang perlu dipilih. Kalau pengundi memilih PAS atau BERSATU maknanya memilih PN, manakala kalau BN yang dipilih itu bermaksud pengundi memilih PH.
5) Tiga negeri PN adalah negeri yang diterajui PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala tiga negeri PH ialah Pulau Pinang yang diterajui DAP, serta Selangor dan Negeri Sembilan yang diterajui PKR Dan DAP.
6) Pengundi untuk PRN enam negeri mempunyai pilihan untuk bersama menentukan gabungan mana yang mereka mahu menjadi teraju pemerintahan di negeri tumpah darah masing-masing.
7) Kerajaan persekutuan PH yang ada hari ini merupakan hasil pengundian PRU15 November lalu. Tahap kesedaran politik rakyat dizahirkan apabila 95 peratus pengundi bukan Melayu keluar mengundi berbanding hanya 68 peratus pengundi Melayu Islam.
8) Mengundi dalam PRN nanti bukan sekadar memilih antara PN atau PH. Ia adalah manifestasi kesedaran politik rakyat di negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.
0 Comments