Ticker

6/recent/ticker-posts

Isu Air: PN Tawar Penstrukturan Semula Strategi AKSB (Part 1)


Penstrukturan semula strategi Syarikat Air Sdn. Bhd. menjadi antara 18 Tawaran Utama Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Tawaran yang terkandung di bawah fasa Pembangunan Air Bersih program PN Kelantan itu melibatkan penambahan simpanan bekalan air melalui projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) serta menyediakan bantuan pemasangan paip AKSB kali pertama kepada rakyat B40.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah ketika berucap pada majlis Pelancaran Program PN Kelantan di Tanah Merah malam tadi berkata rakyat harus faham masalah air bukan sahaja berlaku di Kelantan tetapi beberapa negeri lain turut terlibat dengan isu tersebut.

“Bukan salah kerajaan yang memerintah dalam isu ini, tetapi itu adalah realiti. Negeri-negeri kaya seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Pahang juga menghadapi masalah gangguan air,” katanya.



Isu air menjadi bahan utama serangan lawan terhadap kerajaan PAS yang mengekalkan pemerintahannya di Kelantan sejak 33 tahun lalu.

Mereka mendakwa isu tersebut seolah-olah menggambarkan ianya sangat kritikal dan kononnya berlaku di seluruh negeri ini.

Mohd Amar menyangkal dakwaan tersebut tetapi tidak menolak isu berkenaan berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.

“Kalau seluruh Kelantan betul tak ada air hospital nak beroperasi macam mana? Jabatan, agensi-agensi lain nak bergerak macam mana?” soalnya.


Bagaimanapun, beliau tidak menolak kesukaran bagi menangani isu tersebut dalam jangka masa singkat jika tidak mendapat  kerajaan pusat (berdasarkan tanggungjawab bersama Negeri - Persekutuan yang termaktu dalam Perlembagaan).

Menurut catatan, masalah air bukan perkara baharu. Ia difahamkan telah berlaku sejak sebelum tahun 1990 lagi. 

Malangnya  pada tahun tersebut berlaku Pilihan Raya Umum ke-8 yang telah berpihak kepada kerajaan PAS menyebabkan  peruntukan Projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) telah ditarik balik walaupun sudah diluluskan peruntukan pada tahun sebelumnya.

Menteri Kewangan ketika itu ialah  Anwar Ibrahim yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 10.


[bersambung: Part 2]

Post a Comment

0 Comments