Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 2 Hari: 10 Sebab Kenapa Wajib Tolak PH-BN

 


1)PH BN bukanlah kerajaan perpaduan yang dibentuk atas Titah YDP Agong,  tetapi sebuah kerajaan campuran   yang ditubuh atas serakah dan tipudaya politik segelintir kelompok tertentu yang berpaksi kepada kepentingan dan cita-cita peribadi.


2)PH BN mempunyai empat parti teras iaitu DAP, PKR dan PAN  dalam PH dan UMNO dalam BN. MCA dan MIC sudah dikembirikan dan tidak lagi relevan dalam konteks politik semasa tanahair. Semua parti ini telah dijadikan alat untuk mencapai kepentingan peribadi  pemimpin parti. 


3)DAP memiliki pegangan paling besar, diikuti PKR dan  UMNO. DAP dikuasai segelintir pemimpin  yang sarat dengan amalan nepotisme dan kuat berpegang dengan agenda cauvinisme.  Parti yang bersusur galur dari PAP ini bertapak dan membina kekuatan dengan membakar sentimen rasis dan Islamophobia di kalangan rakyat bukan Melayu/Bumiputera. 


4)PKR mewakili kelompok liberalis Melayu pragmatik yang keliru dan hilang jati diri Melayu. Terkait secara langsung dalam agenda campurtangan kuasa luar terhadap politik negara. PKR akan  sentiasa  menunggang apa sahaja isu dan segmen dalam masyarakat untuk memenangi sebarang persaingan politik yang dihadapinya.


5)UMNO  menjadi kenderaan politik segelintir pemimpin Melayu yang tidak berintegriti dan  berkepentingan peribadi semata-mata. Mereka bercakap soal tradisi Melayu, martabat Melayu dan membela nasib Melayu. Malangnya sisa-sisa sokongan dan dokongan yang berbaki dari orang Melayu telah dijadikan cagaran untuk bebaskan diri mereka dari tindakan undang-undang. 





6)PAN adalah  kenderaan politik DAP, sebagai wayang untuk  mengecek orang Melayu. Hampir kesemua pimpinannya menang kerusi Dewan Rakyat atas percaturan DAP yang memberi laluan kepada mereka di kerusi-kerusi selamat yang tinggi jumlah  pengundi bukan Melayu. Tanpa DAP, PAN adalah sejarah.


7)Kerajaan PH BN adalah kerajaan yang mendokong agenda luar yang bercanggah sama sekali dengan realiti sosio budaya dan sejarah Malaysia yang asalnya adalah Tanah Melayu. Agenda pemerintahan mereka adalah agenda  asing dan songsang,  tidak selaras  dengan komposisi kaum  sebenar di negara ini.


8)LGBTQ bukan sekadar omongan kosong tetapi merupakan ancaman yang benar-benar wujud. Insiden Band 1975 baru-baru ini adalah contoh pembabitan langsung kerajaan PH BN dalam agenda normalisasi budaya asing oleh kuasa luar yang dijalankan oleh mereka ke atas rakyat Malaysia. Ini adalah bukti jelas dan tidak boleh disangkal sama sekali.


9)Terkini, adalah butiran agenda ekonomi yang dibentangkan Rafizi mewakili kerajaan PH BN ketika debat beliau berhadapan Syahir yang mewakili PN. Penegasan Syahir terhadap gagasan ekonomi PH BN oleh Rafizi yang secara terang merupakan susun atur ekonomi negara menurut tata kelola IMF adalah suatu yang sangat membimbangkan Dan mesti dihentikan. Penjajahan ekonomi adalah penjajahan bentuk baru yang sedang mencengkam dunia sekarang ini.


10)Bangsa Melayu mesti dipastikan akan terus menjadi bangsa teras kepada pembentukan jati diri dan sosio budaya masyarakat majmuk di negara ini.  Sikap toleransi yang tinggi dan kesediaan bangsa Melayu untuk berkongsi tanah air warisan nenek moyang mereka untuk dihuni bersama kaum-kaum lain adalah kunci utama kepada keamanan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia sehingga hari ini.


10)Kerja buat kerajaan PH BN yang semakin giat menipu dan berterusan mengasak untuk merubah struktur ini adalah tindakan berbahaya yang mengundang pelbagai kemungkinan negatif, boleh mengakibatkan ketegangan kaum, menimbulkan huru-hara dan bakal mengundang campurtangan asing. Sememangnya itulah yang disasarkan oleh sekelompok kecil manusia yang sedang menunggang mandat dua pertiga menerusi 148 kerusi di Dewan Rakyat hari ini.


11) Mulakan dengan PRN di enam negeri ini untuk menjadikan Malaysia negara  yang lebih bersih, stabil dan prihatin dalam memberikan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan kepercayaan. Undilah PN!

Post a Comment

0 Comments