Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 3 Hari: PPAKAT PERTAHAN KELANTAN!



1)Serangan PH BN tidak lagi terarah kepada Ubah Kelate dalam tempoh kempen berbaki 3 hari. Kalau sebelum ini isu air dilagangkan penuh sensasi,  setelah manifesto PH BN dikemukakan tanpa sebarang pelan penyelesaian bersifat konklusif, terserlah yang disasarkan sebenarnya adalah batang tubuh Mohd Amar.

2)PH BN seolah memperaku sukar untuk  kembali bangkit dari kekalahan 14-0 lapan bulan lepas. Kempen penamat banyak berkisar pada angka 44-1 dengan tagline polos ‘Perarakan Pereboh Nik Amar’. 

3)PH BN seakan redha untuk kalah disemua kerusi asalkan Naib Presiden PAS itu tiada dalam radar kepimpinan Kelantan. Majoriti besar Mohd Amar berjumlah 7288 undi pada PRU14, bagaimanapun menunjukkan  hasrat tersebut tersangat sukar untuk dijayakan.

4)Ia  menjurus kepada  matlamat tersembunyi  PH BN dan yang sewaktu dengannya iaitu memastikan Mohd Amar tidak lagi menjadi regu utama kepimpinan PAS Kelantan.

5)Ahmad Yakob dan Mohd Amar adalah regu  legasi yang dibentuk sendiri oleh Allahyarham Tok Guru sebagai watak utama penerusan agenda kepimpinan ulama di  Kelantan yang dipelopori beliau sejak 1990. 



6)Seharusnya Mohd Amar kini diterima ikon berkembar PAS bersama Ahmad Yakob untuk pendokong serta penyokong parti itu di Kelantan. Kalau kedapatan yang ikut terjebak dengan lontaran sentimen oleh PH BN ini, maka ia  boleh dikira suatu pencapaian songsang, tidak selari dan bercanggah dengan aspirasi  majoriti rakyat Kelantan khususnya dan hasrat bangsa  Melayu negara ini amnya.

7)Kelantan masih dan perlu terus kekal sebagai penanda aras utama pencapaian dan reputasi terkini politik bangsa Melayu untuk memastikan pemikiran mereka merdeka sepenuhnya dari kongkongan pemikiran politik penjajah peninggalan British. 

8)Keberanian warga Kelantan menongkah arus politik perdana 33 tahun dahulu kini sedang bergerak sebagai gelombang kebangkitan rakyat yang tidak lagi mampu dibendung dan disekat lawan.






KALIH PULAU PINANG!


1)Nepotisme, salah guna kuasa dan tadbir urus yang lemah di kenalpasti antara punca utama berlaku peralihan kuasa dari BN/GERAKAN kepada PR/DAP pada 2008. Pengundi bukan Melayu membuat suatu kalihan sempurna di Pulau Pinang, keputusan  yang amat berbeza dengan keputusan pada 2004.

2)Pada  2004, pencapaian BN Pulau Pinang semakin cemerlang berbanding 1999.   BN menang 38 kerusi dengan komposisi kerusi 22 Cina, 14 Melayu dan 2 India berbanding DAP dan PAS masing-masing hanya menang 1 kerusi.

3)Pada 2008  tersebut, BN Pulau Pinang  hanya berjaya mengekalkan 2 kerusi Parlimen, DAP meningkat kepada 7 dan PKR 4.

4)Di DUN Pulau Pinang, BN menerusi UMNO betahan dengan 11 kerusi manakala GERAKAN hilang semua 26 kerusi yang dimenangi pada 2008. 

5)Kerusi bukan Melayu bertukar tangan sepenuhnya, DAP menang 19 kerusi  membentuk  kerajaan negeri bersama PKR 9 kerusi dan PAS 1 kerusi. Kata kunci perubahan di Pulau Pinang adalah kalihan sempurna undi Bukan Melayu.

6)Pulau Pinang adalah penanda aras penting pilihan dan sokongan politik bukan Melayu di negara ini. Sebarang perubahan sokongan kaum Cina dan India adalah bersifat menyeluruh berbanding bangsa Melayu.




7)Pada PRN 12 Ogos ini, jika kadar keluar mengundi kaum Cina dan India adalah rendah dari kebiasaan, PH berpotensi untuk kehilangan sebahagian besar kerusi dimenangi mereka pada 2018.

8)Bagaimanapun, prestasi PH/DAP akan menjadi lebih teruk jika kadar keluar mengundi kaum Cina dan India adalah kekal tinggi tetapi mereka melakukan kalihan politik sempurna seperti 2008. Kali ini   kebarangkalian untuk berulang kalihan sempurna dari PH/DAP kepada  PN masih Kecil tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Andai berlaku, PH akan berhadapan kekalahan besar di negeri itu.

9) Sidang Media P Ramasamy  hari ini mampu menjadi game changer yang berpotensi mengubah keputusan PRN Pulau Pinang Sabtu ini. Keputusan dan pendirian beliau hari ini berpotensi menghasilkan pertembungan sengit dalam PRN Pulau Pinang. 

10)PH/DAP melakukan kesilapan fatal apabila gagal melihat pengaruh politik Ramasamy di kalangan pengundi dan masyarakat India bukan sahaja di Pulau Pinang, malahan di seluruh negara. Tindakan meminggirkan Ramasamy telah meletakkannya sebagai  ikon politik baharu kaum India yang ketandusan pemimpin berwibawa setelah ketiadaan Samy Vellu.

11)Tidak mustahil DAP gagal bertahan di Pulau Pinang dan referendum rakyat 6-0 akan terhasil pada malam hari 12 Ogos ini.

Post a Comment

0 Comments