Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson Aminuddin Harun yang dikatakan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini berdepan laluan berliku apabila terdapat nama lain menjadi pilihan untuk jawatan tersebut.
Aminuddin sebagai poster boy hanya bagi mengelakkan sabotaj daripada ahli Pakatan Harapan (PH) dan ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan calon selain bagi menutup percaturan politik licik pimpinan UMNO untuk melantik calon lain sebagai Menteri Besar.
Spekulasi tersebar dalam media sosial mengatakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Mohd. Asna Amin menjadi pilihan Ahmad Zahid bakal diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN tersebut nanti.
Dalam usaha memastikan kemenangan Mohd. Asna Amin, difahamkan Ahmad Zahid bersama jentera-jenteranya bertungkus lumus dengan segala strategi termasuk mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah meluluskan peruntukan segera bagi kerja-kerja kecil di DUN Lenggeng.
PH merampas kerusi DUN Lenggeng daripada UMNO melalui Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti kecil 986 undi.
PRN kali ini UMNO meminta untuk meletakkan calonnya selepas bergabung membentuk kerajaan perpaduan bersama PH.
Selepas melalui detik panas episod pertikaian pembahagian kerusi antara kedua parti (PH-BN) rundingan akhirnya memutuskan kerusi DUN tersebut diserahkan kepada UMNO.
Persoalannya, siapa Mohd. Asna Amin yang menjadi pilihan Ahmad Zahid untuk diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan itu? Wallahuaklam… Jawapan yang tersebar menerusi media sosial pun ringkas - “Mohd. Asna Amin adalah anak angkat Ahmad Zahid”.
0 Comments