Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 5 Hari: YGM Jentera Kempen PH BN?


KOTA BHARU: Anwar memberi isyarat  tidak akan berhenti menormalisasi salahguna kuasa institusi Perdana Menteri sebagai suatu yang baik dan mendesak.

Bersandarkan persepsi yang dibina dengan pelbagai naratif rekaaan konon menyelamatkan rakyat Kelantan, Anwar tanpa rasa malu dan muka bersalah  sebagaimana kelaziman  mengaitkan episod dirinya dipenjara atas nama perjuangan dan pengorbanan demi rakyat.

Anwar telah diberi pengampunan dan dibebaskan dari penjara atas kesalahan perlakuan seks luar tabiei sebaik sahaja PH berjaya menjatuhkan BN dalam PRU 14 2018.

Sebelum itu, beliau juga pernah dipenjarakan dalam era pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri 4. 


Ketika itu beliau disabitkan mahkamah melakukan tindakan salahguna kuasa menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Berdasarkan program padat Anwar malam tadi,  kempen agresif PH BN menjelang hari mengundi 12 Ogos ini turut mendapat dokongan oleh sebuah pertubuhan amal bernama  Yayasan Global Mesra (YGM).

Berdasarkan carian, YGM sebelum ini terlibat secara proaktif dalam sebahagian aktiviti kerajaan PH BN berbentuk kemasyarakatan di seluruh negara.

Dalam  kempen piliham rayanya malam tadi, Presiden PKR merangkap Pengerusi PH itu diterbangkan dengan  pesawat Helikopter Khas milik kerajaan atas nama Perdana Menteri ke Kelantan.

Anwar turut di sertai Zahid selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN ,  dalam siri kempen selamatkan Kelantan di tiga lokasi berbeza.


1)Ceramah Mega Jelajah  Perpaduan Madani  di Dun Kemahang Tanah Merah.


2)Ceramah Mega Jelajah  Perpaduan Madani di Dun Chetok Pasir Mas.


3)Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani di Dun Kota Lama Kota  Bharu.

Post a Comment

0 Comments