Jawapan Anwar Ibrahim terhadap kritikan dalam isu penggunaan helikopter bertentangan dengan tatakelola yang baik sebagaimana dilaung-laungkan sebelum ini.
Bekas ketua Jabatan Perundangan Islam Universiti Islam Antarabangsa, Aznan Hasan, berkata kritikan tersebut bukan kerana orang ramai sakit hati tetapi bercanggah dengan apa yang dicanangkan kepada rakyat sebelum ini.
Memetik laporan sebuah portal, Aznan berkata “Orang bukan sakit hati hang naik helikopter. Orang tegur kerana kamu dahulunya terkenal dengan slogan 'tatakekola yang baik' dan sering menyerang kerajaan pada masa tersebut yang kamu kata menyalahgunakan aset negara untuk berkempen.
“Kamu juga serang mereka kerana kononnya menyalahgunakan program-program rasmi kerajaan untuk berkempen.
“Sekarang apa yang kamu serang mereka, kamu pun buat juga. Paling kurang dahulu, mereka tak naik helikopter. Kamu, dahlah naik helikopter, kemudian dalam program-program rasmi kerajaan, secara terang-terangan kamu berkempen”.
Anwar mempertahankan dia berhak menggunakan kemudahan tersebut atas kapasitinya sebagai perdana menteri.
“Depa marah Anwar naik helikopter. Ya helikopter kerajaan VIP aku naik, hang tau tak? Hang nak sakit hati pasal apa? Kerajaan punya, bukan aku punya.
“Tapi hang tak boleh pakai. perdana menteri boleh pakai,” katanya salam satu program di sebuah penempatan Felda baru-baru ini.
Sementara itu, seorang peguam Rafique Rashid, dalam reaksinya berkata tindakan Anwar itu jelas menunjukkan sisi keangkuhannya.
Dia berkata, menggunakan aset kerajaan untuk tujuan kempen pilihan raya adalah bercanggah dengan undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya.
"Kos ditanggung oleh rakyat tetapi yang untung adalah parti politik yang diketuai perdana menteri sendiri,” katanya.
0 Comments