Ticker

6/recent/ticker-posts

Projek Air Bernilai RM2 Bilion, Pusat Lulus RM200 Juta Sahaja!


KOTA BHARU - Di sebalik serangan hebat PH-BN terhadap isu air Kelantan,  ia hanya menjurus kepada kepentingan politik semata-mata, tidak menggambarkan niat murni kerajaan pusat untuk membantu (selesai) masalah tersebut di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Mohd. Amar Abdullah, berkata di dalam manifesto PH-BN tidakpun menyebut pelan atau perancangan berkesan sebagai usaha mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"PH-BN selalu sebut isu air adalah masalah besar di Kelantan. Selalu kata jika dapat memerintah Kelantan mereka akan selesaikan masalah air.

"Tiba-tiba dalam manifesto, dia tidak sebut masalah air termasuk apa perancangan, apa usaha, langkah dan program yang nak dibuat untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

"Sepatutnya itu menjadi keutamaan dalam manifesto mereka,” katanya dalam sidang media harian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Mohd. Amar yang juga penyandang  bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor tidak menafikan terdapat masalah air di negeri ini namun, gambaran yang diberikan oleh pihak musuh politik agak melampau. 

“Kita nampak apa tujuan mereka serang dan kritik kerajaan negeri dalam isu air," katanya.

Dia berkata, bantuan kerajaan pusat tidak mencukupi untuk kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut dalam jangka masa singkat dan berkesan.

“Kita akui memang ada bantuan dari pusat. Tetapi tidak cukup. Kita perlu RM2 bilion, tapi dia bagi RM100 juta, RM200 juta. Macam mana nak selesai,” jelasnya.



Mengulas manifesto PH-BN, dia berkata bukan perkara baharu ditawarkan oleh PH-BN kerana kebanyakannya telah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini lagi.

Sebagai contoh jelas Mohd. Amar, tawaran bayaran cukai, kerajaan negeri telah melaksanakan perkara itu sejak sekian lama.

“Potongan bayaran cukai ditawarkan PH-BN itu, kita pun ada buat. Begitu juga dengan tunggakan cukai tanah kita bagi diskaun sehingga 50 peratus.

“Ada juga cukai pintu yang kita hapuskan. Itu kita dah buat dan bukan satu benda baharu dengan manifesto mereka,” katanya.

Post a Comment

0 Comments