Tiga wajah terpampang dikulit buku Manifesto BN yang bertajuk ‘Tawaran Untuk Rakyat Kelantan’ pada PRN kali ini amat berpotensi menjadi sebab utama mengapa usaha PH BN merampas Kelantan tidak akan berjaya.
Ketiga-tiga Anwar, Zahid Dan Jazlan mempunyai sejarah pengkhianatan yang panjang terhadap orang Melayu Kelantan umumnya dan ahli UMNO Kelantan khasnya.
1) ANWAR IBRAHIM
Gambar Anwar yang di tandai sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah Perdana Menteri 10 atau PMX adalah yang paling di pertikai kelayakannya oleh rakyat.
Beliau bukan sahaja PMX, tetapi juga melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan serta menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Suatu pelanggaran terang-terangan terhadap janji-janji pilihanraya PH sebelum mendapat kuasa.
Ratib ‘Hari ini menang, Esok Harga Minyak Turun’ adalah rekod penipuan bersiri pemimpin kepada rakyat yang bermula sejak PRU 12 2008 sehingga PRU 15 2022.
Anwar adalah watak utama yang memulakan penindasan dan penafian hak rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih terawat. Projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU) dibatalkan 30 tahun dahulu oleh BN ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Anwar juga adalah ‘Cikgu Politik’ Zahid yang mengajar Zahid bagaimana menipu dan memperbodohkan ahli-ahli UMNO. Kini UMNO menjadi pembawa bendera PH yang DAP adalah parti terbesar di dalamnya.
2) AHMAD ZAHID
Gambar Zahid ditandai sebagai Pengerusi Barisan Nasional.
Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri 10 yang masih terbelenggu dengan 47 pertuduhan kes rasuah di mahkamah.
Zahid adalah Presiden UMNO yang tergamak ‘mencagar’ partinya untuk survival politik peribadi.
Zahid juga adalah satu-satunya Presiden UMNO yang sanggup melutut kepada DAP; walaupun boleh memilih untuk bersama-sama Perikatan Nasional membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU 15 lapan bulan lepas.
Pengkhianatan itu masih baru dan panas untuk dilupakan oleh ahli-ahli UMNO khususnya dan bangsa Melayu amnya.
3)AHMAD JAZLAN
Jazlan ditandai sebagai Pengerusi Parti Kerajaan Perpaduan Madani Kelantan, suatu jawatan yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini.
Jazlan adalah watak penting dalam episod penipuan ‘No Anwar No DAP’ Zahid yang berlangsung di Dewan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO menjelang PRU 15 tahun lepas.
Jazlan telah pun mendapat imbuhan segera dari Zahid bila dilantik sebagai Pengerusi FELCRA selepas kalah PRU dengan majoriti besar di Machang. Lantikan terawal ini mengesahkan betapa manifesto pilihan raya PH mahu pun BN langsung tidak boleh dipercayai.
Tindakan Jazlan membentangkan manifesto ‘Tawaran Untuk Rakyat Kelantan’ dalam keadaan dia sendiri sayang dan takut untuk melepaskan jawatan pengerusi FELCRA dan tidak menyertai PRN kali ini menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ahli-ahli parti.
Jazlan dianggap sebagai Jeneral kalah perang yang sedang berlindung di belakang pusu dalam kubunya di Bukit Tiu, Machang.
Setelah mengenali tiga watak ‘Poster Boys’ yang nakal tersebut, seharusnya tidak ada rakyat Kelantan yang terfikir untuk membuang masa mendengar labunan manifesto mereka, apalagi untuk mempercayainya.
Tunjukkan bahawa rakyat Kelantan bijak berpolitik dan berani menyatakan pendirian untuk menolak kelompok ’kakistokrasi’ yang sedang memegang teraju kuasa pemerintahan negara.
0 Comments