Ticker

6/recent/ticker-posts

PN Iktiraf Kehebatan Wanita Kelantan


KOTA BHARU - Komitmen kerajaan PAS Kelantan dalam usaha mengangkat martabat wanita tidak mampu disangkal oleh rakyat negeri itu apabila banyak perkara  berkaitan kepentingan kaum berkenaan dilaksanakan sepanjang mentadbir negeri selama 33 tahun.

Selain daripada menambah cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hati, Kelantan juga telah  memperkenalkan cuti ‘ihdad’yang telah mendahului negeri-negeri lain.

Cuti ‘ihdad’ sebagai cuti bergaji penuh selama sebulan bagi kakitangan wanita yang berkematian suami. Sebelum ini cuti ihdad diberi hanya selama tiga hari.

Bagi merealisasikan keterlibatan penting wamita  secara lebih meluas kerajaan PAS juga telah melantik Ahli Senator   Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Penghulu Tanpa Mukim dalam kalangan kaum wanita.


Awal pemerintahan PAS pada tahun 1990 di negeri ini, Menteri Besar Ketika itu Nik Abdul Aziz Nik Mat mewajibkan semua wanita Kelantan menutup aurat terutamanya kepada kakitangan yang bekerja di bawah kerajaan negeri.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, Nor Asilah Mohamed Zin berkata, dasar yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu dan yang baharu harus diperkasakan ke peringkat agar umbi.

“Agar ia boleh dimanfaatkan oleh rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam Bicara Siasah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Mas, Rohani Ibrahim yang disiarkan secara atas talian baru-baru ini.   

Mengulas lanjut, dia menerima tanggungjawab sebagai calon PRN kali ini bagi mewakili golongan wanita khususnya ke peringkat yang lebih tinggi dan berkesan.


Pembangunan Wanita menjadi antara 18 tawaran yang terkandung dalam program Perikatan Nasional (PN) Kelantan telah dilancarkan baru-baru ini bagi menghadapi PRN nanti.

Bagi memastikan kejayaan pembangunan tersebut dengan lebih berkesan tujuh program ditawarkan iaitu, menaik taraf Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kepada kolej. Mewujudkan Darul Niswah One-Stop Centre Negeri Kelantan. Menganjurkan latihan kepimpinan wanita di bawah Leadership Empowerment Centre yang berpandukan model kepimpinan dan peranan wanita semasa. 

Selain itu, melaksanakan Pelan Tindakan Gagasan Wanita Solehah Negeri Kelantan. Menganjur Kursus Keusahawanan Wanita berpandukan modul usahawan Sayyidatina Khadijah. Merintis Mahir Wanita Muda (Genius Abqariah) dan penubuhan Majlis Pakar Penasihat Wanita Kelantan.

Post a Comment

0 Comments