Ticker

6/recent/ticker-posts

Tata Kelola Anwar Punca Indeks Negara Merudum

 


TUMPAT - Seringkali Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi ungkapan seperti sakau, penyamun dan rasuah dalam ceramah termasuk kempen pilihan raya. 

Umum maklum ungkapan tersebut merujuk kepada pimpinan kerajaan yang tidak beramanah dengan membuat banyak kesalahan ketika mentadbir negara.

Walau tidak menyatakan individu terbabit namun orang ramai menjangkakan bahawa ia lebih menjurus kepada pemimpin kerajaan sebelumnya.

Dalam tidak sedar Anwar sebenarnya terlupa bahawa ratibnya itu secara tidak langsung memberi gambaran buruk kepada dunia bahawa negara pimpinannya sekarang sangat lemah dicemari oleh unsur rasuah, rakus, tidak beramanah dan sebagainya.

Persoalannya, sebagai perdana menteri apa tindakan berkesan yang telah diambil bagi membersihkan segala kotoran jika setiap hari hanya tahu meratib, penyamun, penyakau dan perasuah.

Tidak hairanlah jika ada pihak mengatakan Anwar hanya banyak bercakap berbanding bekerja bagi memastikan isu rakyat terjamin terutama ketika dibelenggu masalah ekonomi dan kos sara hidup melambung.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sekarang ini rakyat mahu melihat kerajaan sungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan mereka, bukan sekadar bercakap semata-mata.

“Ini datang berceramah, duduk ulang penyakau, penyamun, perasuah. Awak kerajaan, kalau betul ada kes rasuah tangkaplah, kenapa duduk ceramah kata negara kita susah kerana perompak, penyamun rampas harta rakyat.

“Eh… pergi tangkaplah, dakwalah di mahkamah. Kenapa tak dakwa, tuduh kosong tak jadi apa,” katanya dalam ceramah mega Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran.

Dia yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air turut mengkritik Anwar sebagai perdana menteri gagal selain pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janjinya walau lapan bulan berlalu mentadbir negara.

“Hari ini kita menang esok minyak turun, saya ulang. Tak payah ulanglah, buat saja. Rakyat sekarang bukan nak dengar menteri, perdana menteri bercakap. Rakyat nak tengok apa dibuat. Apabila kita ada kuasa, buat,” tegasnya.

Dalam pada itu, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dia menyeru rakyat supaya membuat pilihan tepat agar tidak tertipu dengan retorik pemimpin untuk lima tahun lagi.

Dalam nada sinis Tuan Ibrahim menggunakan analogi penumpang dan bas di mana setiap penumpang seharusnya melihat pemandu yang waras sebagai pilihan, bukan bas yang cantik.

“Kita nak nak naik bas jangan tengok bas comel atau tak comel, kena tengok pemandu gila ke tak gila.

“Kalau bas molek, pemandu gila bukan saja tak sampai ke destinasi, dengan kita sekali mampus. Nak pergi ke mana, biar jelas kerajaan nak bawa rakyat ke mana? Masalah ekonomi apa dibuat, apa perancangan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments