Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 7 Hari: BN-PH Sekat Pembangunan Aset Air Kelantan



1)Menurut Akta 655 , Akta  Industri Perkhidmatan Air (Water Services Industrial Act (WSIA) 2006, infrastruktur air merangkumi pembinaan loji rawatan air,  jaluran rangkaian paip air serta khidmat pengagihan air kepada pengguna adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan tugasannya dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

2)Kerajaan negeri pula diberi kuasa atas semua sumber  air dalam setiap negeri seperti sungai, tasik, air bawah tanah dan  sebagainya. Semua negeri dikehendaki menubuhkan syarikat sebagai operator air masing-masing termasuklah  Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) sebagai operator air negeri Kelantan.

3) PAAB adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan sejak 2006 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melalui WSIA bagi merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara 2016. 

Bidang Tugas  PAAB ialah untuk membangunkan aset air di seluruh Semenanjung serta Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dengan kadar pembiayaan yang berdaya saing.

4)Pada September 2016, Kerajaan Ngegeri Kelantan Dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula dengan PAAB di Putra Perdana yang turut dihadiri Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri  (TPM) Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

5)Berdasarkan keputusan kabinet yang diluluskan di Parlimen pada 1993, penyediaan dan pemberian dana  infrastruktur air  kepada negeri-negeri ini termasuk dalam Jadual ke sembilan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

6)Dana tersebut boleh diberi dalam dua bentuk iaitu samada geran (yang tidak perlu di bayar semula) atau pun pinjaman. Geran adalah untuk pembinaan infrastruktur air dikawasan luar bandar manakala pinjaman diberikan untuk pembinaan infrastruktur dalam Kawasan bandar.

7)Mengikut amalan, aset-aset air negeri dalam bentuk infrastruktur yang siap perlu diserahkan kepada  PAAB bagi pihak Kerajaan Persekutuan. 

PAAB kemudiannya akan memajakkan semula aset-aset tersebut kepada operator air negeri yang terbabit.

8)Bayaran pajakan oleh operator air negeri kepada PAAB itu akan dikira sebagai bayaran balik hutang oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya Dana yang diterima adalah pinjaman.

9)Projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU)  telah diluluskan peruntukan Dana dalam bentuk geran untuk pembinaan infrastruktur air Kelantan.  Dana itu tidak dilepaskan setelah BN gagal menawan semula negeri ini dalam PRU  9 1995. 

Anwar Ibrahim adalah Timbalan  Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada masa itu.

10)Kaedah pelaksanaan pembangunan infrastruktur air  telah berjalan lancar disemua negeri dan Wilayah dalam negara ini kecuali Kelantan. Ia terjadi semata-mata kerana sikap politik dendam pemimpin BN dan kini diteruskan atas nama kerajaan PH pula. 

Tindakan penderaan berbaur penindasan ini jelas telah melanggar hak Kelantan sebagai sebuah negeri yang dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

11)Ada yang mengaitkan masalah air sebagai bukti kegagalan PAS  memanfaatkan keberadaannya dalam Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN),  biarpun mereka tahu sebahagian besar masa PN menjadi kerajaan persekutuan ialah sewaktu negara dilanda pandemik COVID 19 yang turut melanda seluruh dunia.

12)Lebih sadis lagi, masalah air Kelantan telah di olah dan dinaratif sekehendak hati oleh PH BN hanya semata-mata untuk menggambarkan ketidakupayaan kerajaan negeri mengurus keperluan asas  rakyat bagi menyediakan bekalan air bersih terawat. Di canang bagaikan hanya rakyat Kelantan sahajalah yang berhadapan masalah air.

13) Tetapi, rakyat mungkin sedikit pelik membaca kenyataan Nik Nazmi, yang kelihatan sukar untuk faham bahawa pihak yang gagal memberi kerjasama dalam penstrukturan semula aset air negeri ini adalah Kerajaan Persekutuan. 

Begitu juga  manifesto yang di tawar PH BN  berkaitan penyelesaian masalah air di Kelantan.

Apa yang Kelantan perlukan sekarang adalah dana untuk pembinaan infrastruktur aset air negeri yang disekat dan sengaja dilambatkan oleh Kerajaan Persekutuan.

14) Tugas memberikan Dana samada dalam bentuk geran atau pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk pembinaan aset air adalah  kewajiban dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan  bukannya pilihan!

Post a Comment

0 Comments