Ticker

6/recent/ticker-posts

Nik Nazmi Sembunyi Fakta Sebenar Masalah Air

KOTA BHARU - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) merancang pembinaan beberapa loji rawatan air baharu di Kelantan, kata Tuan Ibrahim Tuan Man  Menteri Alam Sekitar dan Air Kerajaan Perikatan Nasional  (PN) pada 25 Mei 2022.

Beliau berkata, antaranya sebuah loji baharu akan dibina di Semerak, Pasir Puteh dengan kapasiti 50 juta liter sehari. Itu cerita 15 bulan dahulu ketika Pakatan Harapan (PH) masih lagi pembangkang.

Malam tadi, 4 Ogos 2023 menurut Nik Nazmi selaku menteri  Kerajaan PH bagi portfolio sama  ada kemungkinan untuk melakukan rombakan atau mengambil alih Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekiranya usaha untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan tidak berhasil dan gagal mendapat kerjasama.


Menteri tersebut berkata tindakan itu boleh dilakukan menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air (WASIA) namun memberitahu itu adalah jalan terakhir dan keadaan kini belum sampai ke tahap berkenaan.

“Jadi di bawah WASIA, kita ada pilihan berkenaan dan kita tidak menolak sekiranya pendekatan lain yang diambil untuk menyelesaikan masalah air kini tidak berhasil dan tidak mendapat kerjasama dari AKSB serta kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah kelompok di Dun  Pasir Pekan,  dalam cubaan membina naratif AKSB sebagai operator air yang gagal.


“Jika keadaan semakin kritikal kita akan lihat sama ada perlu rombakan atau ambil alih. Setakat ini kita belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya.

Isu bekalan air bersih terawat di Kelantan telah dijadikan senjata utama parti lawan bagi menamatkan legasi 33 tahun gabungan  kepimpinan Membangun Bersama Islam Allahyarham Nik Abdul Aziz dan juga  kepimpinan Merakyatkan Membangun Bersama Islam yang diteruskan Ahmad Yakob.

Persepsi yang dibina Nik Nazmi dilihat  selari dengann tawaran manifesto  yang dikemukakan  mereka iaitu menghapuskan tunggakan bil air, menurunkan caj permohonan bekalan air domestik untuk kediaman sebagaimana  diumum  Pengerusi PH BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub di Pejabat Perhubungan Umno hari ini.

Post a Comment

0 Comments