KOTA BHARU: PH-BN bagai ketandusan idea ketika menyediakan manifesto untuk rakyat Kelantan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Mana tidaknya, kebanyakan tawaran yang terkandung di dalam manifesto itu dibentuk berasaskan idea ciplak dan cuba di jenama semula. Untuk nampak lebih menarik, ia dihias pula dengan sedikit sentuhan kosmetik.
Sama ada PH-BN ketandusan idea dalam menyediakan tawaran tersebut untuk menarik sokongan pengundi atau, barangkali PH-BN tidak pernah membuat kajian atau ‘home work’ sebelum menyediakan manifesto tersebut kepada rakyat Kelantan.
Antaranya, terdapat dua tawaran PH-BN yang terlihat 'lebih senduk dari kuah' untuk tatapan umum. Dengan fakta yang ada pengundi akan boleh membuat perbandingan sendiri:
1.Kolej Universiti Tahfiz al Quran dan Sains.
Mengikut fakta, Kelantan telah menjadi gedung tahfiz semenjak 1996 lagi dengan data terkini kerajaan berjaya melahirkan 4,822 huffaz membabitkan 10 buah maahad tahfiz pelbagai aliran. Lima daripadanya adalah beraliran sains dan menjadi antara pelopor di negara ini.
Dasar 1 rumah 1 hafiz yang disasar oleh Kelantan sedang berada di landasan tepat dan telah mula membuahkan hasil. Sehingga kini satu rumah satu hafiz atau hafizah di negeri ini tidak lagi merupakan suatu keadaan yang pelik atau sukar ditemui.
2. Jawatan Guru al Quran dan Kelas al Quran.
Kerajaan PAS Kelantan telah memberi perhatian kepada perkara ini sejak lebih 30 tahun dulu. Sehingga kini seramai lebih 50 guru al-Quran disediakan untuk setiap satu Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi kesemua 45 Dun.
Ini satu kejayaan pembinaan modal insan oleh kerajaan Kelantan yang secara perlahan-lahan diikuti dan di buat di negeri lain.
0 Comments