Ticker

6/recent/ticker-posts

Sekadar Ciplak Idea Orang

 Oleh :  KALAMTIMUR




Merujuk kenyataan daripada Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md. Alwi Che Mat  berkaitan manifesto PH-BN tentang cadangan Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan sebuah kolej universiti tahfiz sains di negeri Kelantan.

Kenyataan tersebut dipetik dalam siaran akhbar arus perdana semalam, yang didakwanya berhasrat melahirkan golongan huffaz yang terlibat dalam bidang profesional seperti doktor, juru ukur atau arkitek yang hafal al-Quran.

Berhubung kenyataan tersebut, sedarkah beliau yang kerajaan Kelantan sejak tahun 1990an lagi sudah merangka usaha ke arah hasrat tersebut.

Ia bermula dengan penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong sejak awal pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah PAS dengan dasar "Membangun Bersama Islam" (MBI).

Kemudian diikuti dengan penubuhan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa, Maahad Tahfiz Al-Quran Al Asriah, Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Nipah, Maahad Tahfiz Tanah Merah dan banyak lagi. 

Penubuhan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada 24 Ogos 1999 adalah merupakan kesinambungan dalam merialisasikan matlamat tersebut.

Berkaitan kenyataan beliau itu, persoalannya, apa yang baharu dan yang boleh dibanggakan? Bila dianalisis   tidak keterlaluan jika dikatakan sekadar menciplak idea orang sahaja.

Kenyataan tersebut, jelas bersifat lemah dan ketandusan idea dalam usaha mempromosi manifesto PH-BN untuk menarik minat pengundi di Kelantan.

Mengapa tidak dicadangkan sahaja rancangan yang lebih besar dari itu? Yang lebih menepati latarbelakang sistem pendidikan Islam yang sudah lama bertapak di negeri ini.

Post a Comment

0 Comments