Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan Kekal Negeri Berkebajikan


 Oleh MU’IZZUDDIN MUDA


PASIR PUTEH: Kelantan terus kekal sebagai negeri berkebajikan memandangkan banyak bantuan diagih kepada rakyat sejak berpuluh tahun lalu sehingga sekarang.

Pelbagai bantuan diperkenalkan kerajaan negeri termasuk Skim Kifaalah sebanyak RM1,000 diagih kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.

Selain itu bantuan rumah dhuafat, dividen Ladang Rakyat, saguhati pelajar berjaya melanjut pengajian ke institusi pengajian tinggi, bantuan OKU dan pelbagai lagi.  

Adun Gaal Mohd Rodzi bin Ja’afar berkata, kerajaan negeri juga mengagih Skim Beras Al-It’aam setiap bulan kepada penduduk miskin sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2011.

Katanya, seramai 300 penduduk miskin di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima sumbangan beras tersebut seberat 10 kilogram setiap bulan. 

“Bantuan beras Al It’aam dapat membantu bebanan penduduk miskin yang terkesan ekoran kenaikan harga beras sejak September tahun lepas.  

“Beras tempatan yang agak murah sebelum ini sudah melonjak harga sama dengan beras import sekarang.

“Isu tersebut masih gagal diselesaikan kerajaan Madani sehingga sekarang,” katanya selepas majlis agihan Skim Beras Al-It’aam di Pusat Khidmat DUN sini semalam. 

Pada program itu seramai 300 penduduk menerima beras Al It’aam. Mereka juga menerima sepaket gula. 

Selain itu Adun Gaal turut mengagih bantuan kepada 21 armalah, bantuan sakit kronik 8 pesakit, Skim Az-Ziwaaj (3 pasangan pengantin) dan bantuan baja organik 51 usahawan tani membabitkan 353 beg.






Post a Comment

0 Comments