Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Asli beri isyarat jelas

GUA MUSANG: Sebelum ini Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) begitu rapat dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan isu tanah adat.

Malah sebelum ini mereka mengenegahkan pelbagai isu termasuk sekatan laluan balak di Kuala Betis, Gua Musang pada November 2016.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penduduk Orang Asli kesal masalah yang mereka hadapi sejak lebih 60 tahun lalu tidak diselesaikan wakil rakyat yang mereka undi.

“InsyaAllah, Orang Asli akan memberi isyarat yang jelas mereka tidak akan tertipu lagi dengan janji manis yang ditabur pihak sebelah sana. 

“Terima kasih sahabat kita Nasir Dollah dan Mustafa Along atas keberanian menyuarakan hajat dan hasrat penduduk Orang Asli, insya-Allah kerajaan negeri akan bantu sebaik mungkin,” katanya pada catatan di laman sosialnya. 


Hadir sama pada perjumpaan tersebut anggota Exco Kerajaan Negeri Zamashkhari Muhamad, Ketua Pembangkang Dato’ Seri Hamzah Zainudddin, Naib Presiden Bersatu Dato’ Dr Mohd Radzi Md Jidin, Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal dan calon PN Mohd Rizwadi Ismail.

Beliau turut berbesar hati di atas kesediaan pemimpin NGO terbabit mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri dan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Katanya, penerimaan pihak terbabit untuk ‘jjemok kiro’ (berbincang) dengan pimpinan kerajaan negeri bagi mendengar hasrat Orang Asli di negeri tersebut.

“Perjuangan mereka terhadap isu kebajikan Orang Asli cukup menyentuh jiwa saya kerana kesusahan dan keperitan yang sudah lama berakar umbi di pedalaman.


“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi Orang Asli,” katanya.

Post a Comment

0 Comments