Oleh: Che Maziah Mat
KOTA BHARU, 29 Ogos – Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dengan kerjasama panel takaful Etiqa Family Takaful Berhad menyalurkan zakat sebanyak RM48,000 ribu kepada 160 orang golongan asnaf di empat jajahan di negeri ini di bawah program tanggungjawab sosial korporat AKSB.
Menurut kenyataan media AKSB, agihan sumbangan zakat perniagaan itu diagihkan melalui wakil-wakil masjid di setiap empat jajahan tersebut yang melibatkan kawasan Meranti. Salor, Pintu Geng, Kijang dan juga Chekok, Pengkalan Chepa.
Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan dalam Majlis Penyerahan Zakat Jalinan Ikatan Manfaatkan Komuniti oleh Naib Presiden Etiqa Family Berhad, Mohd Assri Husin dan turut dihadiri Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail.
0 Comments