Ticker

6/recent/ticker-posts

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL ILMIAH, PERSEDIAAN ICTE’24


Oleh: Asyura Muhamad 

KOTA BHARU, 7 Ogos – Memetik kata-kata Sayyid Qutb, Pengarah Institut Latihan Darulnaim Dr Azizi Umar berkata satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan mampu menembusi ribuan kepala. 

“Demikianlah pentingnya penulisan dalam dunia hari ini, terutamanya untuk penulisan artikel ilmiah yang dapat memberi manfaat dan menyampaikan ilmu kepada orang lain,” katanya semasa pengisian slot sumbang saran dalam Bengkel Penulisan Artikel Ilmiah di Bilik Gerakan, Kompleks Yayasan Islam Kelantan, Tunjong, hari ini. 

Jelasnya, objektif bengkel tersebut ialah sebagai persediaan untuk peserta menyertai pembentangan sempena 3rd International Conference on Teacher Education  (ICTE’24) yang bakal berlangsung pada 29 hingga 30 Oktober nanti. 

Tambahnya, bengkel itu juga dapat membimbing peserta menghasilkan artikel jurnal berkualiti dan berimpak tinggi dengan format yang betul dan teknik yang mudah. 

Sementara itu, Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Dr Ahmad Shidki Mat Yusoff turut berkongsi ilmu penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam dunia penulisan ilmiah yang lebih mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat dan menghasilkan sesebuah artikel. 

Hasil daripada bengkel tersebut, lebih separuh daripada 46 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi berasa yakin dan mendaftar sebagai pembentang untuk ICTE’24.





Post a Comment

0 Comments