Ticker

6/recent/ticker-posts

Umno makin gelabah hadapi PN di Nenggiri

GUA MUSANG: Umno dianggap semakin gelabah sehingga terpaksa mengitar semula isu lama dan menabur fitnah di media sosial.

Ketiadaan jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Umno keseorangan di Nenggiri. Malah, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi difahamkan terpaksa datang ke Nenggiri beberapa kali.

Pada 9 Ogos ini Zahid dijadual bertemu mata dengan pengundi Renok, Perasu, 12 Ogos di Jeram Tekoh, Limau Kasturi dan 15 Ogos hadir di Meranto dan Star Baru.  


Terbaru Timbalan Ketua Umno Gua Musang Shahbuddin Hashim dilapor mendakwa sejak 2022 kerajaan Kelantan melulus penerokaan lebih 13,200 hektar tanah hutan di DUN Nenggiri.

Lebih aib lagi diviral pihak tertentu dalam TikTok, kononnya calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail berhenti kerana melakukan kesalahan. 

Menjelaskan isu tersebut calon PN Mohd Rizwadi Ismail berkata, semasa berkhidmat di Pahang beliau mengambil keputusan berhenti awal pada Januari 2015.

Katanya, beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya menyertai TLDM bermula 2003 dan sepanjang berkhidmat selama 13 tahun saya ditugas di Sabah, Lumut, Perak dan Pahang.

“Saya berkhidmat bersama TLDM selama 13 tahun. Pengalaman berada di Stesen Uniform saya pernah bersama dengan tiga Komando PASKAL tinggal di sana,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Serian malam tadi. 

Menurutnya juga selepas kembali bertugas di Semenanjung hasrat untuk bersara awal disuarakan kepada pegawai kanan TLDM.

Katanya beberapa kali beliau menghantar surat untuk berhenti awal, namun tidak dipertimbangkan pegawai atasan pada peringkat awal.


“Namun akhirnya mereka akur juga. Saya beritahu pegawai atasan bertugas di kampung lebih seronok kerana dapat berbakti kepada masyarakat,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments