Ticker

6/recent/ticker-posts

BN sering menang PRK, namun tewas PRU

  


KOTA BHARU: Sejarah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kelantan membuktikan BN sering menang pada pilihan raya tersebut, namun akhirnya tewas semula pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai contoh BN menang PRK Semerak 1997 namun tewas PRU 1999. BN menang PRK Pengkalan Pasir pada 2005 tetapi tewas PRU 2008.

“BN Menang PRK Pengkalan Kubor pada 2014 tetapi BN tewas kemudiannya dalam PRU 2018. Ia juga berlaku di PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar sebelum PRU14. Menang pada PRK tapi tewas pada PRU,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya juga PRK sentiasa memberi kelebihan kepada BN kerana sumber kewangan yang kuat dan jentera kerajaan banyak.

Kata beliau biar pun PN tewas di PRK Nenggiri kali ini, namun PRU ke-16 belum tentu. 

“Adakah sejarah akan berulang kembali. Bagi yang menang tentunya disambut dengan kegembiraan. Bagi yang tewas, tentu ada pengajaran yang amat berharga,” ujarnya. 

Pada PRK Dun Nenggiri Sabtu lepas calon BN Mohd Azwandi Fitri menang dengan majoriti 3,352 undi mengalah Mohd Rizwadi Ismail dari PN.

Post a Comment

0 Comments