Ticker

6/recent/ticker-posts

PN kekal kempen bersih, patuhi peraturan SPR

 


KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) kekal dengan pendirian tidak membayar pengundi bagi mengekalkan dasar kempen bersih dan patuh peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Operasi PN PRK Dun Nenggiri Tan Sri Annuar Musa berkata, PN memilih tidak mengamalkan politik rasuah, wang dan salah guna kuasa. 

Katanya, PN juga menolak menyalahgunakan aset dan jentera kerajaan Kelantan. 

Menurutnya kemenangan PN dari sudut moral kerana istiqamah menjaga integriti dengan mengekalkan kempen bersih, bebas rasuah dan tidak menyalah gunakan kuasa.

“Ini amat berbeza dengan BN yang memanfaatkan sepenuhnya aset, peruntukan dan jentera agensi serta jabatan Kerajaan Persekutuan.

“Berdasar pengalaman mengendalikan jentera Pilihan Raya BN pemerhatian saya jumlah yang dibelanjakan PN untuk PRK tidak sampai 10 peratus yang dibelanjakan BN pada PRK Nenggiri.

“Sukar untuk dipercayai operasi PN bergantung sepenuhnya kepada semangat kesukarelaan, pengorbanan individu, sumbangan dan infak ahli-ahli dan penyokong,” katanya pada kenyataan hari ini.  

Kata beliau dalam situasi sedemikian PN berterima kasih kepada hampir 6,000 pengundi setia Nenggiri yang istiqamah memilih calon PN.

Post a Comment

0 Comments